SUDAH lama saya menanti kesempatan ini, mahu menonton konsert kumpulan Exists dalam skala yang besar.
Seperti sebilangan besar peminat mereka, saya tidak ketinggalan sangat gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh penganjur konsert Exists Reunion, Shiraz Projects untuk membawa kesemua anggota kumpulan itu ke pentas.
Sabtu ini, saya percaya berbondong-bondong peminat mereka yang akan meraikan penganjuran konsert ulang tahun ke-28 Exists di persada seni.
Dan saya juga mahu bersama-sama peminat Exists memenuhi Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor untuk mengembalikan momen-momen indah yang pernah dilakar kumpulan itu selama lebih dua dekad lalu.
Dari zaman mereka remaja sehinggalah sudah bergelar bapa orang, dalam apa sahaja situasi sekalipun, Exists akan kental di fikiran peminat sebagai band boy dari Johor yang berjiwa besar.
Semasa rakan-rakan sebaya memilih melanjutkan pengajian di universiti, anggota Exists Along dan Shah sebagai gitaris, Musa (bass), Ajai (keyboard), Ujang (dram) serta Mamat dan selaku vokalis utama sudah mula 'bekerja' menghiburkan rakyat.
Manakala Ezad Lazim hanya muncul lama selepas Exists masyhur. Dia bukan sekadar pengganti yang biasa-biasa, sebaliknya, Ezad yang juga anak kelahiran Kedah membantu memperkasakan kumpulan itu selepas Mamat berhadapan dengan krisis peribadi atau lebih tepat dihimpit persoalan dadah!
Reputasi Exists sebagai band boy sangat bersih sepanjang hayat jenama itu, cuma Mamat sahaja yang sering menjadi titik tumpuan masyarakat dan media.
Sehinggakan, awal bulan ini menjelang hari besar mereka beraksi di Stadium Malawati, Mamat masih tidak dapat membebaskan diri daripada cengkaman dadah.
Namun begitu, kita ketepikan dahulu isu Mamat, kerana apa yang paling utama ketika ini ialah peminat-peminat setia Exists punya kesempatan yang terbesar untuk menyaksikan himpunan bersejarah mereka.
Menjelang 28 September ini, elok benar-benar pencinta Exists kembali mendengar koleksi yang pernah dirakamkan kumpulan ini sama ada ketika Mamat selalu vokalis asal atau nyanyian Ezad.
Rumusannya, naskhah muzik yang ada dalam koleksi Exists terlalu banyak dan anda (kecuali peminat setia) barangkali harus kembali menonoton YouTube atau mendengar lagu-lagu mereka di aplikasi Spotify kerana tentu sekali seiring kedewasaaan, kita semakin terlupa lirik mereka.
Sebagai wartawan, saya punya sebab kenapa beria-ia mahu menonton konsert Reunion Exists ini.
Antara sebab itu saya senaraikan di bawah:
* Status Exists sebagai kumpulan legenda
Exists meraih kemasyhuran ketika saya sendiri masih di bangku sekolah. Lagu Untukmu Ibu nyanyian mereka sangat berbekas di hati saya. Naskhah ciptaan Allahyarham Rahim Othman itu sangat relevan sehingga ke hari ini.
Selama 28 tahun, jenama Exists kekal dalam direktori kumpulan muzik di Malaysia, lalu apakah mungkin kita menafikan sumbangan besar mereka dalam industri muzik?
Bukan kecil, rekod yang dilakar Exists sepanjang tempoh itu. Ketika era album tempatan digilai ramai, Exists menerima tempiasnya apabila album mereka terjual lebih 250,000 unit (satu angka yang besar buat kumpulan baharu seperti Exists ketika itu)
* Dua vokalis di satu pentas
Ini merupakan catatan rekod sebetulnya. Amat payah untuk peminat mengenang dua vokalis yang berjaya memahat nama kumpulan di kedudukan yang teguh.
Mamat dan Ezad bagaimanapun sudah membuktikannya.
Mamat hanya berusia 13 tahun ketika Exists diasaskan pada 1989. Mamat kelihatan sangat dewasa berbanding usianya ketika itu.
Namun, Mamat mengundur diri selepas hampir tujuh bersama Exists. Dia memilih untuk bergerak solo.
Kekosongan Mamat diisi oleh Ezad sekitar 1996.
Pada 28 September ini, kedua-duanya memilih untuk menjadi individu yang berjiwa besar berkongsi pentas yang sama semata-mata untuk memberi kepuasan kepada peminat.
Bagaimana dengan ego masing-masing? Tidak terlintas soal ego kerana kedua-duanya meletakkan harapan peminat berbanding kepuasan peribadi.
* Karya popular bertaraf malar segar
Kalau sudah namanya Exists masakan kita boleh melupakan kemasyhuran lagu Untukmu Ibu yang sifatnya malar segar.
Melodi yang dekat dengan jiwa selain susunan bait-bait lirik menyentuh emosi dan penghayatan cemerlang Mamat dalam lagu itu saling melengkapi, menjadikan Untukmu Ibu sebuah karya yang besar.
Rahsia Pohon Cemara, Langkah Seiringan juga antara yang tidak boleh dipandang sepi oleh peminat.
Mamat dan Exists mencorakkan naskhah-naskhah berkenaan seiring dengan selera dan tuntutan peminat muzik ketika itu.
Jika ditanya nyanyian cemerlang Ezad bersama Exists pula, pilihan saya tentu sekali lagu Bunga. Lagu itu antara karya yang masih saya mainkan sehingga ke hari ini.
Masih Terserlah Ayumu, Mengintai Dari Tirai Kamar juga antara yang menjadi lagu favourite sebahagian besar daripada peminat Exists.
Sebetulnya, Exists mempunyai banyak lagu menarik yang sudah tentu akan membuatkan ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyanyi bersama mereka pada 28 September ini.
* Gandingan pemuzik hebat negara
Apabila membicarakan mengenai kumpulan muzik, kita lazimnya terlepas pandang dengan pemuzik-pemuzik lain memandangkan tumpuan selalunya diberikan kepada penyanyi.
Dalam konteks Exists, mereka berbeza. Selain Mamat dan Ezad, kekuatan band itu juga terletak pada pemuzik-pemuzik mereka.
Ujang misalnya, antara pemain drum terbaik bukan sahaja dalam negara, bahkan tarafnya sudah ke peringkat antarabangsa.
Tanpa sebarang publisiti, Ujang kerap mengiringi persembahan penyanyi-penyanyi ternama antarabangsa.
Ajai atau Faizal Maas bukan nama asing dalam gelanggang muzik. Sudah banyak lagu ciptaan pemain keyboard itu yang dinyanyikan penghibur ternama tanah air.
Begitu juga dengan Along dan Shah sebagai gitaris serta Musa (pemain bass) sentiasa mengiringi persembahan penyanyi lain selain bergelar pengarah muzik.
Rumusannya, Exists adalah sebuah gabungan pencinta-pencinta muzik yang berjiwa besar.
Exists melalui sebuah perjalanan seni yang panjang. Band ini melalui turun naik seperti mana kumpulan-kumpulan lain.
Namun, atas dasar solidariti, bersendikan kecintaan pada muzik mereka berhimpun untuk memastikan konsert Reunion Exists mencapai matlamatnya.
Kepada yang belum mendapatkan tiket untuk menonton konsert Reunion Exists anjuran Shiraz Projects pda 28 September ini, anda masih berpeluang untuk membeli tiket-tiket berharga RM130 hingga RM700 di www.myticket.asia.
Saharudin Musthafa
Wed Sep 25 2019
Pada 28 September ini, Existst bakal mengembalikan memori peminat mereka dalam sebuah konsert reunion di Stadium Malawati, Shah Alam. - Gambar SHIRAZ PROJECTS
Kes langgar lari di Jalan Klang Lama, dua lagi individu ditahan
Polis menahan dua lagi individu yang disyaki terbabit dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan di Jalan Klang Lama, pada 29 Jan lepas.
Consider This: Trump’s Tariffs (Part 1) — Global Trade on Edge
The US has imposed a 10% tariff on imports from China, while a 25% tariff on imports from Canada and Mexico has since been delayed for a month. Are President Donald Trump's tariffs a strategic negotiation tool or reckless brinkmanship? What are the global economic consequences of these opening shots? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Juita Mohamad, Consultant for the UN Conference of Trade and Development and Co-founder of TIA Editors & Consultancy.
Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.
AWANI Tonight 6 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Nearly 2,000 GLCs to face audits this year - PM
2. Job scams: Red flags to look out for in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Nearly 2,000 GLCs to face audits this year - PM
2. Job scams: Red flags to look out for in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.
Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.
Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka
Polis turut menegaskan pindahan panggilan antara agensi khususnya dalam kes 'phone scam' bukanlah cara kerja agensi kerajaan.
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.
: Red flags to watch out for while job-seeking in 2025
With job scams on the rise, Nicholas Lam, Managing Director of JobStreet by SEEK Malaysia, highlights 2025’s emerging trends and tactics used to lure job seekers.
AWANI Tonight: Nearly 2,000 GLCs to face audits this year
Nearly 2,000 government-linked companies will undergo audits this year as part of the government’s efforts to address governance issues.
Keluarga hidup dalam ketakutan diganggu along
Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan selepas diugut oleh pemberi pinjaman wang haram atau along walaupun telah membayar kesemua wang yang dipinjam daripada pihak terbabit.
Polis tahan enam lelaki warga Bangladesh di Muar, tumpas sindiket 'Along'
Polis menahan enam lelaki warga asing di sekitar daerah Muar yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa tanpa lesen.
Dua lelaki disyaki along ditahan polis
Dua lelaki ditahan di Taman Rima Gamelan, Bercham semalam kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen.
Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah
Empat individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dan bersubahat dengan menyimbah cat terhadap harta milik peminjam wang, bulan lepas.
Sindiket along: Tujuh mengaku bersalah tawar pinjaman wang tanpa lesen
Tujuh termasuk seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menawarkan pinjaman tanpa lesen.
Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan
Sindiket itu menawarkan pinjaman wang antara RM500 hingga RM5,000 dengan kadar faedah sehingga 20 peratus seminggu.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah
Mangsa mahupun ahli keluarga menafikan memiliki musuh atau berhutang sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu.
Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki along bagi membantu siasatan kejadian simbahan cat merah di sebuah rumah, Khamis lepas.
Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat
Lelaki berumur 30-an yang ditahan di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima upah hingga RM1,000 bagi setiap tugas yang diarahkan.