PUTRAJAYA: Dua puluh lapan tahun lalu, bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David merangkul kejuaraan Terbuka Junior Scotland yang berlangsung di Universiti Heriot-Watt di Edinburgh, Scotland.
Peluang beraksi di universiti menandakan titik perubahan penting bagi Nicol, sekali gus mendorong beliau mencapai pelbagai kejayaan luar biasa, termasuk 109 bulan berturut-turut berada pada kedudukan teratas ranking dunia dan lapan kali meraih gelaran juara dunia.
Hari ini, sejarah tercipta, Nicol yang kini berusia 40 tahun, kembali ke Universiti Heriot-Watt, dalam kapasiti yang berbeza.
Nicol, yang telah menggantung raketnya pada 2019, dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia, pada Ahad (14 Julai).
Sebagai Pro-Canselor, Nicol akan berkhidmat sebagai Ketua Kehormat universiti di negara ini, mewakili Universiti Heriot-Watt Malaysia dalam kapasiti istiadat dan duta, termasuk pengurniaan ijazah kepada para graduan.
Nicol mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas pelantikan beliau sebagai Pro-Canselor, sambil menarik pehatian bahawa sejak penubuhannya, institusi tersebut telah memupuk etos keterangkuman dan pendidikan untuk semua.
"Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada tumpuan berterusan untuk memastikan pintu universiti ini sentiasa terbuka untuk semua orang, di Malaysia, United Kingdom, Dubai dan seluruh dunia.
"Saya menyedari bahawa pendekatan universiti terhadap pendidikan berasaskan matlamat ini sangat selaras dengan prinsip saya, dan ini bermakna universiti akan membolehkan pelajar-pelajarnya dilengkapi secara intelektual, emosi, budaya dan etika bagi menggerakkan matlamat mereka ke arah impak positif kepada dunia," katanya semasa ucapan penerimaannya di majlis konvokesyen tahunan, di sini.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu juga berharap untuk memberi inspirasi kepada generasi akan datang melalui peranannya dengan menggalakkan pemimpin masa depan mempercayai bahawa mereka juga boleh mempunyai impian yang ingin dicapai, seperti yang pernah beliau lakukan pada zaman kegemilangannya.
Sehubungan itu, Nicol berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan pihak universiti dalam merangsang cita-cita dan tujuan para pelajar dan kakitangannya untuk memenuhi misinya dalam mendidik dan menjalankan penyelidikan demi kebaikan negara.
"Saya adalah seorang penganjur kemanusiaan dan tujuan saya adalah menggalakkan orang lain berbuat baik dan bersikap rendah diri agar mereka mencapai potensi penuh," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Heriot-Watt Prof Richard A. Williams, yakin bahawa pelantikan Nicol membawa dimensi baharu dalam kepimpinan komuniti universiti mereka dan akan memberi dorongan kepada pemimpin masa depan.
Prof Mushtak Al-Atabi, Provost dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Heriot-Watt Malaysia optimis bahawa pelantikan Nicol itu berupaya membuka jalan untuk mempromosikan sukan di kampus dan mungkin menawarkan biasiswa kepada atlet lelaki dan perempuan Malaysia yang melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.
Nicol, yang mengambil alih peranan tersebut pada 17 Mei, menggantikan Prof Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
Majlis konvokesyen semalam menyaksikan seramai 300 graduan daripada pelbagai disiplin menerima skrol masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Nicol pada sidang media sempena majlis graduasi dan pelantikan beliau sebagai pro-canselor di Universiti Heriot-Watt, di Putrajaya semalam. -- fotoBERNAMA

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

28 tahun lalu beraksi di Heriot-Watt, kini Nicol Pro-Canselor universiti kampus Malaysia
Nicol, yang telah menggantung raketnya pada 2019, dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia, pada Ahad.