KUALA LUMPUR: Sepanjang 39,895 kilometer (km) daripada 135,975 km atau 29.3 peratus paip lama jenis simen asbestos di Semenanjung Malaysia dan Labuan telah melepasi jangka hayat operasi reka bentuk.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata paip lama tersebut telah dipasang antara 30 hingga 50 tahun lepas dan merupakan antara punca kepada kadar Air Tidak Terhasil (NRW) yang tinggi.
"Secara umumnya, kadar NRW yang tinggi berpunca daripada kebocoran paip penghubung dan paip lama dalam sistem agihan terutamanya paip jenis simen asbestos. Paip sistem agihan di Semenanjung Malaysia dan Labuan adalah daripada jenis berkenaan.
"Kadar NRW 37.2 peratus pada 2022 menyebabkan pembaziran air terawat sebanyak 7,084 juta liter sehari, dengan jumlah kerugian dianggarkan RM2 billion setahun kepada operator air," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang bertanyakan apakah komposisi yang menyebabkan isu NRW berlaku sama ada disebabkan oleh paip bocor atau kecurian air oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Huang berkata kerajaan Persekutuan komited membantu operator bekalan air negeri mengurangkan NRW secara holistik dan berterusan, antaranya menerusi pelaksanaan Program Pengurangan NRW Kebangsaan yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) dan disambung di bawah RMK12.
Huang yang menjawab soalan asal Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai langkah kerajaan mengurangkan kadar NRW tinggi di beberapa negeri berkata peruntukan RM1.9 bilion disediakan bagi melaksanakan program tersebut melalui dua pendekatan.
Beliau berkata pendekatan pertama adalah peruntukan geran berjumlah RM535.4 juta untuk menyediakan infrastruktur asas bagi membolehkan pengukuran NRW secara tepat melibatkan negeri dengan kadar NRW 40 peratus ke atas iaitu Kelantan, Pahang, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.
Pendekatan kedua pula dilaksanakan secara pemberian insentif melalui geran sepadan dengan peruntukan RM1.37 bilion melibatkan negeri dengan kadar NRW di bawah 40 peratus iaitu Terengganu, Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.
"Sekiranya sasaran NRW yang ditetapkan dapat dicapai, kerajaan Persekutuan akan membiayai 50 atau 75 peratus daripada perbelanjaan tahunan bagi kerja-kerja yang dilaksanakan untuk menurunkan kadar NRW tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023

Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata paip lama tersebut telah dipasang antara 30 hingga 50 tahun lepas dan merupakan antara punca kepada kadar Air Tidak Terhasil (NRW) yang tinggi. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan Persekutuan giat tangani isu bekalan air, elektrik Labuan - Mohd Zuki
Mohd Zuki berkata, kerajaan sedar cabaran dihadapi rakyat Labuan dan terima pelbagai rungutan berkaitan gangguan bekalan air dan elektrik.

29.3 peratus paip lama di Semenanjung, Labuan sudah lepasi jangka hayat operasi
Sepanjang 39,895 kilometer (km) daripada 135,975 km atau 29.3 peratus paip lama jenis simen asbestos di Semenanjung Malaysia dan Labuan telah melepasi jangka hayat operasi reka bentuk.

AKSB berjaya selesaikan projek tukar paip sepanjang 87 km di Kelantan
Semua projek penukaran paip di seluruh Kelantan dijangka siap sepenuhnya secara berperingkat berdasarkan pelan Induk AKSB 2021-2030.