KUALA LUMPUR: Penglibatan wanita sebagai ahli lembaga pengarah di peringkat 100 syarikat tersenarai awam teratas meningkat kepada 29.7 peratus pada 1 April 2023 berbanding 14 peratus pada 2016.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, hanya dua kerusi diperlukan bagi mencapai sasaran 30 peratus untuk 100 syarikat tersenarai awam teratas.
"Ini adalah hasil daripada inisiatif Suruhanjaya Sekuriti yang telah menambah baik kod tadbir urus urusan korporat Malaysia pada 2021 yang semua syarikat tersenarai awam telah diwajibkan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah daripada kalangan wanita.
"Inisiatif ini telah berkuat kuasa pada 1 Sept 2022 bagi syarikat bermodal besar dan pada 1 Jun 2023, bagi syarikat tersenarai yang lain-lain," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh tentang statistik semasa penglibatan wanita bagi jawatan utama kerajaan dan juga selaku pembuat keputusan untuk sektor swasta.
Aiman Athirah berkata, statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan statistik wanita di peringkat pengurusan tertinggi dalam sektor perkhidmatan awam ialah 38.8 peratus hingga Dis 2022.
Beliau berkata, 21 peratus iaitu 204 syarikat daripada 979 syarikat tersenarai awam mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam kalangan ahli lembaga pengarah manakala 24 peratus daripada syarikat berkaitan kerajaan mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat sama.
Selain itu, beliau berkata, nisbah bilangan wanita di peringkat tertinggi iaitu barisan kepimpinan utama seperti jawatan ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan, ketua pegawai teknikal dan ketua pegawai operasi di syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat tersenarai awam telah melepasi sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita.
Beliau berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi untuk menyokong usaha mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan.
Katanya, ini merangkumi tiga cabang strategi iaitu penambahbaikan perundangan dan dasar bagi menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk wanita, menyediakan ekosistem yang menyokong penglibatan wanita serta menyediakan peluang dan akses kepada latihan bagi meningkatkan kesedaran serta kolaborasi bersama pihak berkepentingan. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, hanya dua kerusi diperlukan bagi mencapai sasaran 30 peratus untuk 100 syarikat tersenarai awam teratas. - Gambar BERNAMA
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Wanita masih berdepan cabaran walaupun berjaya lakar pelbagai kejayaan dalam ruang digital - Teo
Kaum wanita masih menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia digital seperti gangguan, dedah maya (doxing) dan seksisme.

29.7 peratus wanita, ahli pengarah di 100 syarikat tersenarai awam
Hanya dua kerusi diperlukan bagi mencapai sasaran 30 peratus untuk 100 syarikat tersenarai awam teratas.

Taliban sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai larangan wanita bekerja
Taliban menyambut baik resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat yang mengakui Afghanistan sedang menghadapi pelbagai cabaran.

Kerajaan sentiasa utamakan golongan wanita - Perdana Menteri
Kaum wanita yang telah berjasa terhadap arus pembangunan negara bukan sahaja perlu dihormati tetapi wajar diberi pengiktirafan.

Perkasa wanita untuk segera capai negara maju
Penglibatan kaum wanita membantu pembangunan negara terutamanya segmen ekonomi.

Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyifatkan kaum wanita tidak sesuai untuk memimpin negara itu kerana lebih beremosi ketika buat keputusan.

Dengarlah suara kaum wanita bawa sejahtera ke Sabah
Peranan golongan wanita dalam membangunkan negeri Sabah ke peringkat lebih tertinggi haruslah diambil kira.

Tak mampu cari saya... jangan dibunuh, dibuang - Abby Abadi
Menurut Abby, mereka yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi boleh mencarinya.

Aplikasi Uber dan Careem pacu ekonomi, perubahan sosial di Arab Saudi
Penggunaan aplikasi ride-hailing ini tambah memudahkan kaum wanita berulang-alik ke tempat kerja dengan syarat kenderaan itu dipandu oleh kaum lelaki.