PUTRAJAYA: Seramai 29 lagi rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja yang masih berada di depoh imigresen negara itu dijangka dibawa pulang secara berperingkat bermula hujung bulan ini.
Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata proses membawa pulang mangsa terbabit dijangka selesai selewat-lewatnya pada Oktober.
Bercakap dalam temubual bersama Bernama pada Selasa, beliau berkata walaupun mereka sebahagian daripada 53 mangsa yang diselamatkan baru-baru ini, namun mereka terpaksa ditahan terlebih dahulu berikutan tiada dokumen perjalanan yang sah. Baki 24 mangsa sudah kembali ke tanah air pada Jumaat lepas.
"Mangsa 29 orang ini tiada pasport, kalau ada pun (pasport) sudah mati atau mereka masuk melalui jalan tikus. Jadi mereka perlu disiasat (pihak berkuasa Kemboja) dan proses ini ambil masa lama sebab mangsa bukan dari Malaysia sahaja, ada dari Thailand, Vietnam, Indonesia dan sebagainya, jadi kita kena tunggu.
"Tetapi kami baru dapat makluman bahawa siasatan sudah hampir selesai dan kami akan cuba bawa pulang mereka secepat mungkin, namun tidak boleh bawa pulang sekali gus kerana kes mereka berasingan," katanya.
Selain itu, Eldeen Husaini berkata 30 lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja sedang dicari pihak berkuasa negara itu.
"Secara keseluruhannya untuk tahun ini 148 orang (mangsa) dilaporkan kepada kedutaan dan kita sudah selamatkan 118 orang, jadi tinggal baki 30 orang masih belum dijumpai," katanya.
Pada jumaat lepas, Eldeen Husaini bersama-sama Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengiringi seramai 24 mangsa, berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun, kembali ke tanah air.
Saifuddin dilaporkan berkata beliau sempat melawat tujuh rakyat Malaysia yang berada di depoh imigresen di Phnom Penh semasa membuat lawatan kerja singkat ke negara itu, manakala 22 lagi mangsa dilaporkan berada di wilayah Sihanoukville, Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
Eldeen Husaini berkata proses membawa pulang mangsa terbabit dijangka selesai selewat-lewatnya pada Oktober. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sindiket penipuan kerja: MHO, MCCC akan bawa memorandum kepada PBB
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata memorandum itu akan diserahkan kepada pejabat PBB di Putrajaya Khamis ini.
29 lagi rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja dibawa pulang bermula hujung September
Seramai 29 lagi rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja yang masih berada di depoh imigresen negara itu dijangka dibawa pulang secara berperingkat bermula hujung bulan ini.
Ujian DNA sah identiti mangsa penipuan kerja di Mae Sot sebagai Zhen Feng
Keputusan ujian DNA pada Isnin menunjukkan Goi Chee Kong adalah 99.99 peratus bapa kandung kepada mangsa.
Luluh hati ibu bapa dapat tahu kematian anak ada kaitan dengan sindiket penipuan kerja
Zhan Feng dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan diseludup ke Myawaddy, Myanmar serta dipaksa bekerja.
195 mangsa sindiket penipuan kerja masih berada di luar negara - Saifuddin
Seramai 195 warga Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dilaporkan masih berada di luar negara setakat Jumaat lepas (2 Sept).