PUTRAJAYA: Seramai 29 warga Indonesia yang memiliki kad pengenalan Malaysia palsu sebagai dokumen pengenalan diri dan tujuan bekerja di negara ini ditahan di sekitar kawasan perindustrian di Puchong, Selangor semalam.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Ruslin Jusoh berkata kesemua mereka berumur antara 19 dan 70 tahun yang berasal dari Sulawesi, Medan dan Acheh, dipercayai telah tinggal di Malaysia antara lima hingga 10 tahun.
Beliau berkata kad pengenalan palsu digunakan warga asing itu menggunakan alamat-alamat di Sabah dan siasatan mendapati alamat dicetak juga tidak wujud selain kualiti kad pengenalan palsu yang teruk tanpa ciri-ciri keselamatan serta maklumat pemegang kad tiada dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Siasatan mendapati kesemua kad pengenalan palsu diperoleh dengan bayaran RM300 dari ejen yang tidak dikenali di Selangor," katanya pada sidang media mengenai penahanan warga asing dan penggunaan kad pengenalan palsu di sini hari ini.
Ruslin berkata operasi Ops Pintas dijalankan semalam, susulan aduan orang awam dan maklumat risikan berhubung terdapat ramai warga asing yang bekerja di kawasan perindustrian tersebut menggunakan kad pengenalan palsu.
Dalam operasi disertai 17 pegawai penguat kuasa JPN, mereka memintas satu van penumpang membawa pekerja asing dan pemeriksaan terhadap 14 orang di dalam van berkenaan menemukan 13 kad pengenalan palsu dan satu kad pengenalan asli milik orang lain digunakan.
Susulan itu, pasukan operasi membuat pemeriksaan di kawasan taman perindustrian di Puchong itu dan menahan 15 individu lain yang juga didapati menggunakan kad pengenalan palsu.
"Warga asing ini menggunakan kad pengenalan palsu untuk pengenalan diri sekiranya ditahan polis dan untuk tujuan bekerja dalam negara," katanya.
Ruslin berkata 29 individu terbabit direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana disyaki menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri.
Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
Ruslin berkata JPN telah menahan 477 warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu dari 2019 sehingga kini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Ruslin Jusoh (dua,kanan) menunjukkan contoh kad pengenalan palsu ketika sidang media mengenai Operasi Khas Jabatan Pendaftaran Negara (Ops Pintas) di pejabatnya hari ini. - Foto BERNAMA
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Meskipun populasi harimau merosot di seluruh dunia selepas sebahagian besar habitat telah diceroboh, situasi ini berbeza di sebuah kawasan hutan luas terlindung di Thailand.
Tourism Malaysia pergiat aktiviti promosi pelancongan ASEAN
Langkah itu bertujuan memastikan Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan utama 10 negara ASEAN, selari dengan komitmen memperkukuh industri pelancongan serantau.
Buat wanita gemar 'membawang,' Nora Danish pesan amalkan sedekah, sentiasa bertaubat
Amalan bersedekah dapat mengingatkan kita untuk tidak melakukan perkara seperti mengata atau mengumpat orang lain.
Pasukan rundingan baharu akan ditubuhkan
Sebuah pasukan rundingan damai kerajaan baharu akan ditubuhkan bagi menangani konflik yang berterusan di Selatan Thailand.
Kerajaan Britain sokong pelan pengembangan Lapangan Terbang Heathrow
Menteri Kewangan Britain Rachel Reeves pada Rabu mengumumkan bahawa kerajaan akan menyokong rancangan pembinaan landasan ketiga di Lapangan Terbang Heathrow, satu keputusan yang mendapat kritikan berikutan kebimbangan kesannya terhadap alam sekitar.
Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Washington
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pada Rabu mengesahkan sebuah jet PSA Airlines bertembung di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 ketika menghampiri Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan Washington.
Lapan warga asing ditahan guna Mykad palsu hadiri temu duga kerja
Cubaan lapan individu warga Indonesia menggunakan Mykad palsu untuk menghadiri temu duga kerja di sebuah kilang di Klang, membawa padah apabila ditahan polis pada Rabu.
22 warga Filipina guna MyKad palsu dipenjara 6 bulan
15 tertuduh didakwa tanpa kuasa yang sah telah menggunakan kad pengenalan palsu manakala tujuh yang lain menggunakan kad pengenalan milik orang lain.
30 rakyat Filipina, Indonesia dihukum penjara gunakan kad pengenalan palsu
Seramai 30 warganegara Filipina dan Indonesia dihukum penjara antara tiga hingga lima bulan oleh tiga mahkamah Majistret berasingan atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu.