LENGGONG: Seluas 3,000 hektar tanah hutan simpan di Perak dikesan telah diterokai secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Menteri Besarnya Datuk Saarani Mohamad.
Menurutnya, pencerobohan itu memberi kesan terhadap kawasan hutan di Perak yang seluas 1.01 juta hektar atau 48 peratus daripada 2.11 juta hektar keluasan tanah negeri.
Justeru, katanya, pelaksanaan ‘visible enforcement’ oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak melalui operasi bersepadu sepanjang tahun ini berjaya menangani aktiviti penerokaan hutan secara haram di negeri ini.
Susulan itu, kata Saarani, isu itu telah dan sedang ditangani pihaknya, termasuk lima kes sudah dibawa ke mahkamah selain ada beberapa lagi kes yang masih dalam siasatan.
"Setakat ini yang kita kesan ada lebih kurang 3,000 hektar tanah hutan simpan yang telah diteroka. Jadi, kedapatan di sana sini, di seluruh negeri, pertama mereka menebang dan menebas, kemudian menjual kayu secara haram.
"Yang kedua, mereka bercucuk tanam di atas tanah tersebut untuk tanah pertanian. Itu kita panggil penerokaan haram.
"Kita minta semua mereka hendaklah berhenti serta-merta sebab kita ada peraturan-peraturan tertentu untuk membolehkan kita mengeluarkan hasil kayu. Ada masa tertentu.
"Kalau tidak nanti, kalau semua orang tebang tanpa kawalan, datang musim hujan, ia boleh menyebabkan banjir lumpur. Sebab itu perlunya kawalan.
"Tetapi, setakat ini, kita sudah ada pasukan petugas khas menangani masalah itu dan sebahagiannya telah diambil tindakan dan didenda," katanya.
Saarani berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Penghijauan Malaysia: Tasik Raban Lenggong sempena kempen 100 juta pokok peringkat negeri Perak di Dataran Tasik Raban, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Amirrul Rabbani
Sat Apr 10 2021
Saarani (tiga, kiri) dan Shamsul Anuar (dua, kanan) bergambar sempena program Kempen 100 Juta Pokok Peringkat Negeri Perak di Dataran Tasik Raban, Lenggong, 10 April, 2021. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.