PUTRAJAYA: Kira-kira 3,000 jemaah hadir bagi mengimarahkan program Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Selain Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, program #QuranHour turut diadakan secara serentak di 200 lokasi seluruh negara dan tiga lokasi di luar negara iaitu Bangkok, Thailand; New South Wales, Australia; dan Washington, AS.
Program yang bermula pada 12 tengah hari itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Al-Baqarah ayat satu hingga lima, diikuti Surah Al-lnsan dan Surah Al-Asr.
Malaysia #QuranHour kali ini diberi pengisian bacaan al-Quran yang dibimbing lima qari iaitu Abdul Qowiy Abd Rashit, Tilmiz Afif, Amir Naufal Rifqi, Faris Hadi Taufik dan Yusuf Kassim.
Ia diselang-seli dengan sesi tadabbur yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Fazrul Ismail, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi dan Ustaz Mujib Othman.
Usai bacaan dan tadabbur ketiga-tiga surah itu, hadirin membaca ikrar al-Quran yang dipimpin Sahabah al-Quran Yusuf Azmin dan diakhiri dengan bacaan Doa Malaysia Berakhlak Mulia oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Ustaz Nor Azamir Alias.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff berkata pada tahun ini, surah Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr menjadi surah pilihan, bertepatan dengan tema iaitu 'Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar' dalam membentuk Malaysia MADANI, negara yang sejahtera, harmoni dan progresif.
"Malaysia #QuranHour yang digerakkan sempena momentum Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, mengajak seluruh masyarakat untuk memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan negara yang makmur, utuh dan progresif melalui intervensi yang diformulasikan daripada prinsip-prinsip al-Quran," katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff pula berkata program Malaysia #QuranHour dapat menarik lebih ramai masyarakat mencintai al-Quran dan dalam masa yang sama, mendidik masyarakat bahawa kitab suci itu bukan sahaja untuk dibaca tetapi mempraktikannya dalam kehidupan seharian.
"Program ini juga satu manifestasi bahawa minat dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan ilmu al-Quran itu bertambah baik," katanya.
Program Malaysia #QuranHour yang dilaksanakan sejak 2015 adalah program satu jam bersama al-Quran sebagai permulaan untuk melakukan perubahan minda melalui Quran, Tadabur, Tazakkur (QTT).
Antara yang hadir pada program itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli, Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman (Altimet), Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli hadir pada program Malaysia #QuranHour kali ke-9 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut bersama, Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Foto Bernama
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
Kerajaan negeri Perak sambut baik program Solidariti Malaysia Quran Hour
Malaysia Quran Hour yang dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Ahad memasuki edisi keenam, dan dianjurkan setiap 30 Ogos sejak 2015.