PADANG BESAR: Sebanyak 3,336 tan matrik mangga Harumanis Perlis dijangka dihasilkan sepanjang tahun ini, dengan nilai pengeluaran RM66.7 juta, dan ia bakal memberi manfaat kepada 2,415 pengusaha Harumanis di seluruh negeri Perlis.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata sehubungan itu promosi 'Harumanis Kembali Lagi' sehingga 30 Jun dilancarkan hari ini, yang akan melibatkan pembabitan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta.
Katanya industri tanaman mangga Harumanis ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan pengusaha, malah ia juga memberi impak ekonomi yang signifikan terhadap industri agropelancongan dan industri hiliran negeri Perlis.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan promosi 'Harumanis Kembali Lagi' anjuran Jabatan Pertanian Malaysia di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Beseri dekat sini.
Turut hadir di majlis hari ini ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haslina Abdul Hamid dan Exco Pertanian Perlis Nurulhisham Yaakob.
Ronald berkata pihak Jabatan Pertanian Malaysia telah menjalin hubungan strategik dengan beberapa syarikat penghantaran seperti Pos Malaysia, Citylink dan Line Clear dengan mengambil kira pengalaman kaedah penghantaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.
"Saya tidak mahu apa-apa (masalah) yang berlaku pada tahun lepas berulang lagi, apabila ketika itu kita tidak bersedia untuk penjualan secara dalam talian," katanya.
Ronald berkata antara penambahbaikan yang dilakukan dalam penghantaran buah adalah penggunaan kotak tiga lapis yang lebih kukuh, lori khas digunakan untuk mengangkut Harumanis, dan pewujudan pusat pengumpulan Harumanis.
Katanya selain itu syarikat penghantar juga memberi jaminan bahawa penghantaran Harumanis akan sampai kepada pembeli tidak melebihi tempoh tiga hari selepas pesanan diterima.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021
![3,336 tan matrik Harumanis bernilai RM66.7 juta dikeluarkan tahun ini 3,336 tan matrik Harumanis bernilai RM66.7 juta dikeluarkan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618130907_ronaldkiandeeharu.jpg)
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee melihat pemprosesan Mangga Harumanis di Ladang Kelompok Mangga Harumanis Kampung Tanah Pasir, Jalan Kaki Bukit dekat Beseri hari ini. - Bernama
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739955253_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
![Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621252328_Harummanis.jpg)
Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis
Pengusaha mangga Harumanis disaran agar menggunakan input pertanian daripada bahan organik yang dihasilkan sendiri bagi mengurangkan kos produk pertanian itu.
![Harga Harumanis naik, faktor cuaca dan kos pertanian - Exco Harga Harumanis naik, faktor cuaca dan kos pertanian - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597302921_Mempelamharumanis.jpg)
Harga Harumanis naik, faktor cuaca dan kos pertanian - Exco
Kerajaan negeri cadangkan Harumanis gred premium A dijual RM35 sekilogram, Premium B (RM30) dan Gred C (RM25 -RM15) sekilogram.
![Harumanis 'laku keras' di platform dalam talian Harumanis 'laku keras' di platform dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620014973_HarumManis.jpg)
Harumanis 'laku keras' di platform dalam talian
Sejak awal musim sehingga kini, FAMA telah menjual 20 tan matrik Harumanis ke seluruh negara.
![FAMA cadang eksport Harumanis ke Eropah FAMA cadang eksport Harumanis ke Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597302921_Mempelamharumanis.jpg)
FAMA cadang eksport Harumanis ke Eropah
Sasaran untuk mengeksport ke negara Eropah berikutan potensi yang besar di samping memperkenalkan buah tempatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
![Cubaan bawa masuk daging tikus kering, lelaki ditahan Cubaan bawa masuk daging tikus kering, lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41581315565_tikus.jpg)
Cubaan bawa masuk daging tikus kering, lelaki ditahan
Seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas cubaan membawa masuk daging tikus kering ke negara ini.
![Tidak berbaloi jual harumanis ke luar negara, Perlis henti eksport Tidak berbaloi jual harumanis ke luar negara, Perlis henti eksport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524962018_Harummanis.jpg)
Tidak berbaloi jual harumanis ke luar negara, Perlis henti eksport
Tindakan itu juga diambil sebagai persediaan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan buah gred A pada musim tuaian.
![Krisis politik Perlis jadi contoh kenapa anak muda meluat dengan UMNO Krisis politik Perlis jadi contoh kenapa anak muda meluat dengan UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61527150933_shahidankassim.jpg)
Krisis politik Perlis jadi contoh kenapa anak muda meluat dengan UMNO
"Berebut kuasa tidak pernah habis, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan UMNO," kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin
![Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524962018_Harummanis.jpg)
Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi
Kos tinggi, risiko kecurian menjadi cabaran kepada peladang harumanis.
![Pelekat kod QR pastikan Harumanis asli Pelekat kod QR pastikan Harumanis asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/41495728426_Harummanis.jpg)
Pelekat kod QR pastikan Harumanis asli
Pengarahnya Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata sistem kod QR tersebut bertujuan membantu pengguna agar tidak tertipu apabila membeli buah ikon Perlis itu.
![Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/41495728426_Harummanis.jpg)
Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis
Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan tindakan seorang pengusaha mangga Harumanis di negeri ini yang membakar sejumlah besar buah berkenaan kerana dikatakan telah rosak.