KUALA LUMPUR: Hari pertama pemberian vaksin secara jumpa terus atau 'walk-in' berjalan lancar di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang, pada Isnin.
Antaranya di PPV Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang menyaksikan orang ramai mula hadir sekitar jam 1.30 tengah hari sebelum diminta beratur bagi mendapatkan suntikan vaksin mereka.
Menurut Pengurus PPV KLCC, Dr Zaisuria Azmi, sebanyak 3,600 dos vaksin diberikan kepada penerima secara jumpa terus pada Isnin dan jumlahnya akan meningkat bergantung kepada permintaan.
"Buat masa sekarang kita dapat 3,600 dos vaksin untuk hari pertama. Kapasiti ini akan bertambah sehingga 8,000 dos sehari.
"Kita ada pasukan yang akan mengawal aliran keluar masuk penerima vaksin di sini, buat masa ini segalanya berjalan dengan lancar," katanya ketika ditemui Astro AWANI, pada Isnin.
BACA: Warga Lembah Klang boleh 'walk-in' terima vaksin di PPV terpilih mulai hari ini
Sementara itu, seorang penerima vaksin, Siti Hasnah Abas, 52, berkata amat teruja untuk mendapatkan suntikan dos pertamanya.
"Buat masa ni okay, memang harap sangat selamat. Tidak perlu takut, vaksin ini pelindung diri... ajal maut ditangan tuhan kan. Kalau tidak ambil vaksin pun jika ditakdirkan pergi tentu kita pergi, jadi kita berserah sahaja kepada tuhan," jelas Siti Hasnah.
Sementara itu, Mohd Zaharriman Kamarulzaman, 50, yang mempunyai penyakit gout dan darah tinggi, menyifatkan inisiatif jumpa terus itu tepat pada masanya.
"Vaksin ini pak cik dah tunggu dari 26 Februari lepas, memang dah lama (masih belum dapat janji temu) tetapi bila kerajaan bagi vaksin walk-in ini, alhamdulilah pakcik tak nak tunggu.
"Kes meningkat di Lembah Klang, di rumah pak cik ada anak dan cucu, jadi pak cik risaulah kalau tidak ada vaksin (belum divaksinasi)," katanya.
Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan sebanyak sembilan PPV terlibat memberi suntikan vaksin secara walk-in tanpa janji temu di Lembah Klang.
PPV tersebut adalah KL Convention Centre (HCO F, HCO G dan HCO H); Bangi Avenue Convention Centre; Hotel Wyndham, Klang; Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre, Shah Alam.
Fareez Azman
Mon Aug 02 2021
Orang ramai mula hadir di PPV KLCC sekitar jam 1.30 tengah hari sebelum diminta beratur bagi mendapatkan suntikan vaksin mereka. - Gambar/ Astro AWANI
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.