PBAPP dalam kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air itu disebabkan kerja-kerja penyambungan akhir paip 300mm MS X 300mm MS di Jalan Merak 5, Taman Merak, Seberang Perai Selatan (SPS).
"Gangguan bekalan air itu akan bermula pada 10 malam esok hingga 6 pagi Sabtu, membabitkan 3,950 akaun pengguna di kawasan Taman Idaman, Taman Tambun Jaya,Taman Merak dan Taman Merak Jaya," menurut kenyataan itu dalam laman Facebooknya, hari ini.
Sehubungan itu, PBAPP meminta pengguna yang terjejas untuk menyimpan air yang mencukupi bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air.
PBAPP akan mengemas kini status gangguan bekalan itu menerusi Facebook rasmi PBAPP Penang dari semasa ke semasa dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. - BERNAMA