PULAU PANGKOR: Tiga cedera manakala tujuh lagi selamat setelah van yang dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Jalan Teluk Nipah, Pulau Pangkor di sini petang tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, kenderaan tersebut merupakan van persendirian dan bukan van khusus untuk pelancong.
Katanya lagi, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 5 petang.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor bergegas ke lokasi dan mendapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van.
"Van tersebut terbabas di bahu jalan dan remuk sedikit di bahagian depan. Terdapat 10 orang di dalamnya, tiga cedera manakala tujuh lagi selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Tidak dapat dipastikan sama ada van itu terbabas sendiri atau cuba elak kenderaan lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Jelasnya, kesemua mangsa kemudiannya dikeluarkan oleh orang awam dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pangkor bagi rawatan susulan.
Aida Aziz
Wed May 04 2022

Bomba berkata kenderaan tersebut merupakan van persendirian dan bukan van khusus untuk pelancong. - Gambar/ JBPM
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Lelaki hilang empat hari ditemui lemas di Pulau Pangkor
Kira-kira jam 11.24 pagi Rabu, Balai Polis Pangkor menerima maklumat awam berkaitan penemuan mayat itu.

Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Gangguan bekalan air di Pangkor pulih sepenuhnya, sedia terima pelancong - MB
Lembaga Air Perak (LAP) telah mengatasi masalah kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut yang disyaki antara punca gangguan bekalan air itu.

Masalah bekalan air di Pulau Pangkor didakwa jejas pengusaha hotel
Menurut Presiden MyBHA, Sri Ganesh Michiel, beliau telah mendapat maklum balas daripada pengusaha hotel.

Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco
Kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut disyaki antara punca gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pangkor ketika ini.

Mayat reput, pakaian berlumut ditemukan di perairan Pangkor Laut
Mayat ditemui dalam keadaan reput dengan memakai seluar jeans berwarna biru dan baju berwarna merah.

Op Tiris: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi bot nelayan tumpas
Kejayaan itu hasil operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas risikan selama dua minggu.

Pusat panggilan penipuan di Pulau Pangkor diserbu, 97 ditahan
Polis menahan 96 warga asing dan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan mempromosi pelaburan tidak wujud dalam talian.

Pemuda lemas ketika selamatkan rakan
Mangsa berusia 20 tahun berkunjung ke pantai bersama rakan untuk aktiviti riadah sebelum menyedari seorang rakannya lemas.

Lelaki 21 tahun ditemukan lemas di Pantai Pasir Bogak
Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun, ditemukan lemas ketika mandi di laut Pantai Pasir Bogak, di Pulau Pangkor hari ini.