GUA MUSANG: Kira-kira 300 pekebun di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Sungai Terah, di sini, dilanda ketakutan untuk keluar bekerja selepas kawasan kebun mereka diceroboh tiga gajah liar sejak Khamis lepas.
Mohamed Noor Awang Hamat, 70, berkata dia menemukan tiga kesan tapak kaki gajah berlainan saiz yang menceroboh serta merosakkan tanaman di kebunnya.
"Pagi semalam apabila sampai di kebun saya dapati sekurang-kurangnya 200 pokok pisang dan pokok ubi kayu dirosakkan gajah.
"Saya kerugian kira-kira RM5,000 hanya dalam satu malam," katanya ketika ditemui di kebunnya di sini hari ini.
Seorang lagi pekebun, Wan Ab Talib Wan Jusoh, 69, berkata serangan gajah liar itu menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kampung yang mengusahakan tanaman pisang, ubi kayu dan sawit, selain terpaksa menanggung kerugian besar setiap kali mamalia itu muncul di kebun.
"Sedih melihat tanaman dan sumber pendapatan yang sudah mula membuahkan hasil dimusnahkan gajah liar berkenaan," katanya.
Sementara itu, Mohamad Hanifa Mohd Zain, 31, berkata pekebun bertindak membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai serangan haiwan liar itu.
"Perhilitan telah datang tetapi gagal menjejaki gajah terbabit. Kami harap kerjasama antara penduduk dan pihak berwajib dapat mengesan kedudukan gajah liar tersebut supaya kami tidak perlu lagi takut untuk ke kebun," katanya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada penduduk.
"Aduan diterima pada 10 Feb berkenaan kejadian di RPT Kesedar Sungai Terah, staf di Gua Musang telah ke lokasi aduan untuk pemantauan bagi tindakan selanjutnya," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
![3 gajah liar rosakkan tanaman pekebun Sungai Terah 3 gajah liar rosakkan tanaman pekebun Sungai Terah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676199781_Pemilikkebun.jpg)
Mohamed Noor berkata dia menemukan tiga kesan tapak kaki gajah berlainan saiz yang menceroboh serta merosakkan tanaman di kebunnya. - Gambar/ Bernama
![OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727346656_OpenAI.jpg)
OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.
![PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738938956_SharuddinOmar.jpg)
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
![Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966316_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
![Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736559433_gajahmengamuk.jpg)
Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.
![Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722571026_gajahliar.jpg)
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
![Perjalanan tergendala dua jam, 30 ekor gajah ‘main’ tengah jalan Perjalanan tergendala dua jam, 30 ekor gajah ‘main’ tengah jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731903833_gajah.jpg)
Perjalanan tergendala dua jam, 30 ekor gajah ‘main’ tengah jalan
Perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Alor Setar, Kedah tergendala selama dua jam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) gara-gara 30 ekor gajah bermain dan tidur di tengah jalan.
![Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731389043_perhilitan.jpg)
Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan) telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada khazanah biodiversiti negara.
![Hampir 200 keluarga Orang Asli Pos Belatim diancam gajah liar Hampir 200 keluarga Orang Asli Pos Belatim diancam gajah liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728462167_gajah.jpg)
Hampir 200 keluarga Orang Asli Pos Belatim diancam gajah liar
Hampir 200 keluarga Orang Asli di Pos Belatim hidup dalam kebimbangan selepas kehadiran seekor gajah liar yang berkeliaran di kawasan penempatan mereka sejak bulan lepas.
![Guru selamat selepas langgar gajah di Mersing Guru selamat selepas langgar gajah di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727069136_gajah.jpg)
Guru selamat selepas langgar gajah di Mersing
Seorang guru bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan yang dipandunya terlanggar seekor gajah di Kilometer 6 Jalan Nitar-Mersing di sini, semalam.
![Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726227487_TBGAHAGMERSING.jpg)
Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.
![Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725702913_gajahliar.jpg)
Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dan beruang matahari di Kuala Krai, semalam.
![Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722571026_gajahliar.jpg)
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli
Operasi tangkapan melibatkan tujuh anggota dari Pejabat Perhilitan Daerah Jeli dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.
!['Yong Manis' dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum 'Yong Manis' dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720648874_YongManis.jpg)
'Yong Manis' dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum
Mamalia berusia lima tahun seberat 1.1 tan yang digelar 'Yong Manis' ditangkap pada 6 Julai lepas dipercayai berasal dari Hutan Simpan Piah.