KUCHING: Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat (MRSC) Kuching mengaktifkan Operasi Carilamat pada 11.15 pagi tadi susulan seorang mangsa dikhuatiri hilang setelah sebuah kapal tangki dilaporkan karam di perairan Samalaju, kira-kira 40.2 batu nautika dari barat laut Bintulu.
Pengarah Zon Maritim Bintulu Kapten Mohd Khairol Anuar Saad berkata pada 10.53 pagi, MRSC Kuching menerima laporan bahawa Banga 2, yang membawa empat kru, dikhuatiri karam di perairan itu.
Beliau berkata tiga kru berjaya diselamatkan manakala seorang lagi, yang merupakan warga India dikenali sebagai Himanshu Kumar, dikhuatiri hilang.
"Menurut mangsa yang terselamat, ketika kapal tersebut sedang bersauh di perairan Samalaju sekitar 2 pagi semalam, kapal mereka telah dilanda ribut sehingga menyebabkan ia dimasuki air dan tenggelam.
"Tiga mangsa iaitu dua warga tempatan termasuk nakhoda serta seorang warga India telah berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki rakit keselamatan manakala seorang lagi kru tidak sempat menaikinya dan terus hanyut menjauhi rakit keselamatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairol juga berkata ketiga-tiga mangsa yang menaiki rakit keselamatan telah diselamatkan oleh sebuah bot yang kebetulan berada berhampiran dengan lokasi kejadian.
"Pakaian terakhir mangsa yang dilaporkan hilang ialah berbaju hitam putih, seluar panjang dan memakai jaket keselamatan.
"KM SETIA, yang sedang beroperasi di sekitar perairan Bintulu, telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian," katanya.
Beliau berkata Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di Samalaju dan MRSC Kuching juga telah memaklumkan insiden itu kepada agensi sahabat serta memajukan permohonan aset udara kepada Unit Udara Bomba Miri dan Polis Gerakan Udara Miri.
- - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022

MRSC Kuching menerima laporan bahawa Banga 2, yang membawa empat kru, dikhuatiri karam di perairan itu. - Gambar/ Maritim Malaysia

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews

TUDM terima pesawat tanpa pemandu dari Turkiye tahun ini
TUDM dijangka mula menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) "ANKA" buatan Turkiye yang diperoleh pada Mei 2023, dalam tahun ini.
Terminal 3 hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh
Pembangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbang apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang.

Kilang karpet terbakar: JAS pasang alat ukur kualiti udara di Nilai 3
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan sekitar berikutan kejadian kebakaran di Nilai 3 di sini pagi tadi.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat keselamatan produk Gummy bentuk mata
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sedang menjalankan siasatan berhubung keselamatan produk gula-gula gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kepada kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Kes Zayn Rayyan: Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan hari ini
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dan ke-15 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
JPN dan pihak sekolah juga sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan agar penjualan dalam radius 40 meter dari pagar sekolah tidak berlaku.

3 kru selamat, 1 hilang kapal tangki karam
MRSC Kuching menerima laporan bahawa Banga 2, yang membawa empat kru, dikhuatiri karam di perairan itu.