SEREMBAN: Tiga lelaki termasuk dua beradik dihukum penjara selama 26 hari selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menyimbah cat berwarna merah dan memberi notis berunsur ugutan di rumah dua wanita bulan lalu.
Hakim, Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ameerul Ridhuan Shamsudin, 29, yang bekerja sendiri, Mohd Lutfi Laily, 31, bekerja sebagai penghantar makanan dan Mohd Rusdy Safuan Laily, 29, tidak bekerja selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Beliau turut berpesan kepada kesemua tertuduh supaya tidak lagi melakukan kesalahan itu.
"Jangan nak ugut-ugut lagi. Dah insaf ke belum?" soalnya.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh sebagai wakil pemberi pinjaman tanpa lesen didapati telah mengganggu peminjam wang iaitu seorang wanita berusia 41 tahun dengan menyimbah cat berwarna merah di pekarangan rumah dan pagar rumah mangsa serta memberikan notis berunsur ugutan 'ini peringatan pertama hutang wang, bayar wang. Jika awak orang masih tak nak selesaikan hutang, new year saya buat teruk'.
Kesalahan itu dilakukan pada 22 April 2023, jam lebih kurang 5.42 pagi di sebuah rumah di Taman Pinggiran Golf di Seremban.
Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29B(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan hukuman Seksyen 29B(1) Akta Pemberi Pinjam Wang.
Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Sekiranya ia kesalahan kedua atau berturutan, akan dikenakan sebatan.
Mengikut pertuduhan kedua, mereka turut melakukan kesalahan sama di rumah seorang wanita berusia 52 tahun dengan memberikan notis berunsur ugutan 'jangan cat kami tukar jadi petrol'.
Kesalahan itu dilakukan pada 22 April 2023 jam lebih kurang 5.30 pagi di Taman Paroi Jaya di Seremban.
Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu diberi hukuman ringan kerana masing-masing perlu menjaga ibu yang sedang sakit selain mengaku sudah insaf.
Timbalan Pendakwa Raya, M Kalaivaanan mohon hukuman berat terhadap kesemua tertuduh yang dapat memberi pengajaran dengan mengambil kira kepentingan awam lebih daripada kepentingan peribadi.
Katanya, ia juga sebagai mesej jelas kepada orang lain agar tidak melakukan kesalahan sama.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman 12 hari penjara bagi pertuduhan pertama dan 14 hari penjara bagi pertuduhan kedua serta tertuduh diminta tidak berhubung lagi dengan pengadu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 12 2023
![3 lelaki dipenjara sebab simbah cat merah, beri notis ugutan 3 lelaki dipenjara sebab simbah cat merah, beri notis ugutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683864291_TBugutan.jpg)
Ameerul Ridhuan (tiga dari kiri), Mohd Lutfi dan Mohd Rusdy diiringi polis sebaik tiba di mahkamah. - Sinar Harian
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 8 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua terkorban dalam nahas pesawat di Sao Paulo
Dua terbunuh, manakala enam yang lain disahkan cedera dalam nahas pesawat yang terhempas di Sao Paulo, Brazil. Pesawat yang terhempas seperti yang disahkan pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan pada Jumaat, merupakan jenis Beech F90 King Air.
![Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737692774_RusdiMohdIsa.jpg)
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
![Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736568737_UniversitiMalaya.jpg)
Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.
![Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat hitam Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731852466_TBGEORGIAPOLL.jpg)
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat hitam
Giorgi Kalandarishvili diserang oleh seorang pegawai parti pembangkang, David Kirtadze pada mesyuarat badan pilihan raya Georgia di Tbilisi.
![Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah
Empat individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dan bersubahat dengan menyimbah cat terhadap harta milik peminjam wang, bulan lepas.
![Tular kes simbah cat di IPD Segamat, polis sahkan kes lama Tular kes simbah cat di IPD Segamat, polis sahkan kes lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718703027_TBKetuaPolis.jpg)
Tular kes simbah cat di IPD Segamat, polis sahkan kes lama
Suspek telah pun ditangkap di Taman Perling pada 5 Feb lepas dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan di Mahkamah Majistret Segamat.
![Gagal kutip hutang, along bertindak ancam jiran Gagal kutip hutang, along bertindak ancam jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706176965_ahlong.jpg)
Gagal kutip hutang, along bertindak ancam jiran
Tiga kenderaan dan pagar dua buah rumah di Taman Selaseh, Gombak di sini rosak selepas disimbah cat merah dipercayai dilakukan pemberi pinjaman wang tidak berlesan atau Along, pagi tadi.
![Simbah cecair merah, pecah cermin kereta, pelayan bar dipenjara 18 bulan Simbah cecair merah, pecah cermin kereta, pelayan bar dipenjara 18 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696579824_pelayanbar.jpg)
Simbah cecair merah, pecah cermin kereta, pelayan bar dipenjara 18 bulan
Seorang pelayan bar dijatuhi hukuman penjara setahun enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan perbuatan khianat, Ogos lalu.
![Simbah cat dan ugut, 'ah long' Sandakan dipenjara 2 tahun 9 bulan Simbah cat dan ugut, 'ah long' Sandakan dipenjara 2 tahun 9 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686909341_ahlongSandakansi.jpg)
Simbah cat dan ugut, 'ah long' Sandakan dipenjara 2 tahun 9 bulan
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman dua tahun sembilan bulan penjara selepas mengaku bersalah atas empat kesalahan perbuatan khianat dan satu kes ugutan jenayah.
![3 lelaki dipenjara sebab simbah cat merah, beri notis ugutan 3 lelaki dipenjara sebab simbah cat merah, beri notis ugutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683864291_TBugutan.jpg)
3 lelaki dipenjara sebab simbah cat merah, beri notis ugutan
Tiga lelaki dihukum penjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah cat merah dan memberi notis berunsur ugutan di rumah dua wanita bulan lalu.
![4 pemungut hutang sindiket Ah Long bakar kereta, simbah cat merah ditahan 4 pemungut hutang sindiket Ah Long bakar kereta, simbah cat merah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683526908_PDRMpulaupinang.jpg)
4 pemungut hutang sindiket Ah Long bakar kereta, simbah cat merah ditahan
Kesemua suspek masing-masing dua lelaki dan dua wanita berusia antara 22 hingga 33 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Tambun, Ipoh dan Ulu Kinta, Perak pada 4 Mei dan 6 Mei lepas.