GERIK: Tiga termasuk dua wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 64, Lebuh Raya Timur Barat berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa di Gerik hari ini.
Kemalangan kira-kira jam 3.49 petang itu turut menyebabkan seorang wanita berusia 30 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun cedera.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya segera menghantar pasukan sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu Perodua Axia dan Perodua Myvi berlanggar dan terdapat lima orang mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya, mangsa yang maut adalah seorang lelaki berusia 29 tahun dan wanita berusia 24 tahun yang menaiki Perodua Myvi, selain penumpang wanita dewasa Perodua Axia.
Identiti mereka bagaimanapun belum diperolehi buat masa ini.
Menurut jurucakap itu lagi, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas seperti ‘hydraulic cutter, spreader dan hydraulic ram’.
Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Gerik menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Ismail itu tamat pada 6.35 petang.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Nov 02 2021
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas seperti hydraulic cutter, spreader dan hydraulic ram. - Gambar/ JBPM
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Guna LPT, Lebuh Raya Timur Barat elak kesesakan di Gua Musang - Polis
Pihak polis telah bersedia menghadapi pertambahan jumlah kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum hari raya.
Seorang lagi mangsa nahas dua kereta maut
Kematian terbaharu itu menjadikan korban nahas yang membabitkan Perodua Myvi dan Axia meningkat kepada empat orang.
Sembilan kampung ditenggelami air, dua jalan ditutup di Jeli
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim berkata, air naik mendadak bermula jam 11 malam sehingga jam tiga pagi tadi.
Hasrat jemput anak di kolej tidak kesampaian, suami isteri maut kemalangan
Dua maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di atu 15 Lebuh Raya Timur Barat Jeli- Gerik di sini, hari ini.
60 gajah liar dikesan di Lebuh Raya Timur Barat
Pengguna yang melalui Lebuh Raya Timur Barat, Gerik-Jeli ada ketikanya berhadapan situasi panik apabila terserempak dengan gajah liar yang berkeliaran.