MANJUNG: Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala tiga lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun, di sini, lewat malam tadi.
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 11 malam itu melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Chevrolet.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, terdapat lima mangsa dari kereta Proton Saga, di mana tiga daripadanya maut dan dua lagi cedera.
Manakala seorang mangsa wanita dari kereta Chevrolet pula mengalami kecederaan.
"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.13 malam dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan bergegas ke lokasi.
"Kemalangan membabitkan dua kenderaan dan mengakibatkan kereta jenis Chevrolet terbakar 80 peratus.
"Dipercayai lima mangsa dari Proton Saga ada kaitan keluarga, pasangan suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan cedera.
"Seorang mangsa wanita dari Chevrolet pula cedera, dan kesemua mereka tidak tersepit.
"Identiti dan hubungan kesemua mangsa dalam siasatan pihak polis," katanya dalam kenyataan pada awal pagi Sabtu.
Katanya, anggota bomba kemudiannya membuat rawatan awal kepada mangsa dan menyerahkan mangsa yang maut kepada pihak polis untuk tindakan.
Mangsa yang cedera pula dibawa ke hospital berdekatan oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan lanjut.
Operasi yang diketuai PKPgB Mohd Azizi Zakaria itu tamat pada jam 12.53 tengah malam.
Aida Aziz
Sat Dec 10 2022

Anggota bomba cuba memadamkan api pada kereta Chevrolet yang terbakar dalam nahas yang turut mengorbankan tiga sekeluarga di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun lewat malam tadi. -JBPM Perak

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

3 sekeluarga maut, 3 lagi cedera dalam nahas di Sitiawan
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 11 malam itu melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Chevrolet.