Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dilancarkan bagi membolehkan golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM6,000 dan ke bawah memiliki kediaman sendiri di Wilayah Persekutuan dengan harga mampu beli.
Dalam ucapan pelancaran di sini, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sebanyak 30,000 unit rumah akan dibina dalam tempoh lima tahun, membabitkan 20,000 unit di Kuala Lumpur, 8,000 unit di Putrajaya dan 2,000 unit di Labuan.
Beliau berkata tiga jenis rumah dibangunkan iaitu rumah harga rendah tiga bilik tidur bernilai RM63,000 di Kuala Lumpur, dan RM52,000 di Labuan (3 bilik tidur); rumah harga sederhana rendah bernilai RM63,000-RM150,000 (3 bilik tidur) dan rumah harga sederhana bernilai RM150-RM300,000 (2 bilik tidur dengan kemasan dalaman lebih lengkap dan menarik).
Katanya, kerajaan meluluskan dasar perumahan tersebut untuk kelas pertengahan dan bawahan (sebelum pembubaran parlimen lagi) selepas mengambil kira kebajikan golongan berpendapatan lebih daripada RM2,500 sebulan di Wilayah Persekutuan yang menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah sendiri.
"Mereka tidak layak memiliki rumah kos rendah dan pada masa sama tidak mampu pula untuk membeli rumah kerana kebanyakan rumah yang ditawarkan di pasaran terbuka melebihi kemampuan sebenar mereka. Jadi kita perkenalkan RUMAWIP," katanya di sini, Isnin.
Mengikut stastik Jabatan Perangkaan Malaysia terdapat sebanyak 58 peratus daripada isi rumah di Wilayah Persekutuan tergolong di bawah mereka yang berpendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah.
Manakala mengikut jenis pemilikan rumah pula, 47.5 peratus adalah menyewa di Kuala Lumpur, 89.8 peratus bagi Putrajaya dan 36.1 peratus bagi Labuan berbanding 25.1 peratus di peringkat nasional.
"Ini jelas membuktikan hampir separuh daripada penduduk di Wilayah Persekutuan merupakan penyewa dan diandaikan jika mereka ingin rumah sendiri, maka masih banyak rumah yang perlu dibina bagi keperluan kelompok ini," katanya.
Untuk memohon rumah tersebut pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ke atas dan bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 3 tahun; pemohon isi rumah tidak memiliki sebarang rumah di Wilayah Persekutuan.
Selain itu, rumah yang dibeli tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun dari tarikh pembelian dan pembeli hendak mendiami rumah yang dibeli dan tidak boleh disewakan kecuali dengan kebenaran daripada agensi khas merancang dan mengawal selia RUMAWIP.
"Pihak kementerian akan memantau agar penyediaan rumah mampu milik ini disediakan mengikut spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan agar kawasan perumahan ini selesa, harmoni dan mempunyai kemudahan-kemudahan yang lengkap," jelasnya.
Bernama
Mon Apr 08 2013


Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

30,000 unit rumah dibina bagi kelas pertengahan dan bawah
Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dilancarkan bagi membolehkan golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM6,000 dan ke bawah memiliki kediaman sendiri.