Kira-kira 30 ekor lembu bernilai RM75,000 dilarikan dalam satu rompakan bersenjata di sebuah ladang lembu milik seorang penduduk tempatan berhampiran Taman Bukit Rambai di sini, awal Selasa.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, lima pekerja ladang warga Nepal yang sedang nyenyak tidur di rumah pekerja didatangi beberapa lelaki bersenjatakan pistol dan parang.
Seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Budiman, 40, berkata dia diacukan parang malah lehernya juga terluka dalam kejadian itu.
"Pintu rumah kami ditendang dan beberapa lelaki bersenjata pistol dan parang masuk ke dalam rumah dan mengarah kami supaya tidak melawan," katanya ketika ditemui pemberita.
Katanya, dia dan empat lagi rakannya kemudian diikat sebelum penjenayah melarikan telefon bimbit dan wang tunai kesemua berjumlah RM8,000 milik mereka selain lembu ternakan terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata siasatan awal mendapati terdapat kira-kira 15 penjenayah terbabit dalam rompakan itu.
Penjenayah melarikan lembu menggunakan lori dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan menggunakan senjata berbahaya, katanya.
Bernama
Tue Dec 10 2013
Semua kementerian bekerjsama lahirkan modal insan berkualiti
Kesemua kementerian dalam pentabdiran Kerajaan Madani akan terus bekerjasama dalam usaha melahirkan modal insan yang berbakat dan mempunyai skil bagi memenuhi keperluan industri-industri baharu.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di Pahang dan seluruh negara secara amnya.
Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.
7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Polis tahan empat lelaki cuba curi lembu dengan menyumbatnya dalam kereta
Polis berkata lembu itu dipercayai dicuri dari sebuah ladang sawit di Krau 4, Raub, berdasarkan tanda di telinga haiwan itu.
Penjawat awam mengaku salah curi lembu
Seorang penjawat awam mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dan mengingkari perintah anggota penguat kuasa di Mahkamah Majistret pada Khamis.
Lelaki ditembak sempat larikan kereta polis sebelum maut
Seorang lelaki maut ditembak selepas menyerang pihak polis dengan senjata tajam dalam kejadian jam 4.30 pagi di Tok Bok, di sini pada Isnin.
Curi lembu guna ubat pelali, dua lagi suspek diburu
Semasa cubaan melarikan diri, kereta yang dinaiki oleh mereka telah terbabas dan kesemua suspek berjaya melarikan diri.
Tiga lelaki ditahan terlibat kes curi lembu
Dalam serbuan pada Sabtu, polis turut merampas 14 ekor lembu, dua telefon bimbit dan seunit picagari.
Penjawat awam dan rakan ditahan curi lembu di Jasin
Tangkapan itu dibuat susulan aduan diterima daripada dua lelaki yang menyedari kehilangan sekor lembu ternakan masing-masing pada 16 April dan 28 Mei lepas di Kesang.
Pencuri lembu diberkas, sembunyi belakang mesin basuh
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Azhar Hashim, kegiatan berlaku pada 6 Julai lalu kira-kira jam 6 pagi di Masjid Al-Syakirin, Gunung Bungsu.
Gempar lembu 'ditelan' Kancil, cubaan mencuri tak menjadi
Pemilik haiwan ternakan berkenaan menyedari kehilangan lembunya itu yang ditambat di tepi tali air.
Disyaki mencuri lembu sebelum kemalangan
Seorang pemuda nyaris maut apabila kereta yang dipandu dengan muatan seekor lembu dipercayai dicuri, terbabit dalam kemalangan.
Mengaku bersalah curi lembu, lelaki dipenjara tujuh hari
Tertuduh, Azizi Naziri, 32 tahun, mengaku bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf di sini, hari ini.