KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 peratus pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar berkemungkinan melibatkan pelajar daripada keluarga B40.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka ini merupakan kumpulan pelajar yang mendapat tajaan daripada badan-badan korporat.
"Penubuhan MRSM berbayar ini kelak bukan hanya untuk golongan T20 tetapi mungkin dalam 30 peratus kita akan ambil pelajar daripada golongan B40 yang mendapat tajaan badan-badan korporat seperti Yayasan Pelajaran Mara.
Kita akan kaji dari semua aspek termasuk bagaimanakah orientasinya hendak dilaksanakan dan kita juga turut mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (Ansara) yang mahu MRSM berbayar ini kekal berorientasikan Ulul Albab," katanya pada sesi dialog Pengerusi Mara dan majlis berbuka puasa bersama media di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan penubuhan MRSM berbayar itu tidak akan terpesong daripada landasan asal penubuhan institusi berkenaan untuk membantu anak golongan B40.
Menurutnya idea penubuhan MRSM tersebut bukanlah cadangan baharu, sebaliknya sudah ada dalam kajian pihak Mara sebelum ini.
Asyraf Wajdi berkata dasar pengambilan pelajar MRSM ketika ini adalah 60 peratus daripada keluarga berpendapatan rendah B40 dan selebihnya diberikan kepada pelajar daripada keluarga M40 dan T20.
"Saya lihat tuntutan dan harapan masyarakat pada MRSM begitu tinggi, tahun ini sahaja seramai 90,000 permohonan yang diterima sedangkan kita cuma ada kira-kira 7,100 tempat sahaja.
Pada Isnin lepas, Asyraf Wajdi memuat naik hantaran di Facebooknya dengan mencadangkan agar MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka ini merupakan kumpulan pelajar yang mendapat tajaan daripada badan-badan korporat. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

30 peratus pelajar MRSM berbayar mungkin dari keluarga B40
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka ini merupakan kumpulan pelajar yang mendapat tajaan daripada badan-badan korporat.

Pelajar MRSM maut, ibu cedera parah dalam kemalangan
Seorang pelajar MRSM Muadzam Shah, Pahang maut manakala ibunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Rembau.

COVID-19: Kluster baharu babit pelajar MRSM dikesan di Sabah
Satu kluster baharu dikesan di negeri ini membabitkan daerah Semporna.

Tiga pelajar Malaysia terpilih lanjut pelajaran di Akademi Tentera AS
Ketiga-tiga pelajar berkenaan baharu menamatkan pengajian di peringkat asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), tahun ini.