SHAH ALAM: Kira-kira 300 peserta hadir menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin sempena program 'Menerbangkan Layang-Layang untuk Gaza', dalam usaha berterusan bagi mengecam penindasan rejim Zionis di bumi Al-Quds.
Jurucakap Yayasan Farrash Shahnas Oli Mohamed berkata program yang diadakan hari ini juga sempena Hari Layang-Layang Dunia yang disambut setiap 14 Jan.
Shahnas berkata ia juga antara usaha badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin seiring dengan program antarabangsa 'Kites in Solidarity'.
"Program hari ini sebagai mengikuti satu program antrabangsa yang dikenali sebagai Kites in Solidarity. Cerita di sebalik Kites in Solidarity ini adalah di Semenanjung Gaza, ia mempunyai pantai yang panjang dan kanak-kanak Gaza terkenal dengan bermain layang-layang di tepi pantai.
"Pada Julai 2011, anak-anak Gaza ini mencipta rekod dunia dengan menerbangkan 12,350 layang-layang serentak sekali gus memecahkan rekod yang dipegang oleh China pada masa itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di program tersebut di Bukit Jelutong di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri.
Shahnas berkata program ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada anak-anak yang hadir menyertai permainan layang-layang tentang apa yang sedang berlaku di Palestin.
"Di samping memperingatinya (situasi di Palestin terutama di Gaza), ia juga mengajar anak-anak kita menjadi manusia yang berprinsip, untuk tahu apa yang sedang berlaku di dunia dan berpegang kepada prinsipnya.
"Insya-Allah kita akan anjurkan lagi program ini dalam (pelbagai bentuk untuk terus memberi kesedaran)...kita mahukan rakyat untuk tidak berhenti bercakap mengenai Palestin," katanya.
Shahnas berkata program yang digerakkan oleh pihaknya itu turut mendapat sokongan usahawan wanita di Bukit Jelutong iaitu Dr Sheeda Abdul Karim dan Rohiza Mohd Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024

Peserta bergambar selepas aktiviti "Fly Kite for Gaza" sempena Hari Layang-Layang Sedunia dan sebagai solidariti kepada rakyat Palestine anjuran Yayasan Farrash ketika tinjauan di MST Golf Driving Range @ Bukit Jelutong Golf Centre. - Foto BERNAMA
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

300 peserta 'Menerbangkan Layang-Layang untuk Gaza' zahirkan solidariti
Kira-kira 300 peserta hadir menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin sempena program 'Menerbangkan Layang-Layang untuk Gaza'.