MELAKA: Kerajaan negeri Melaka mengenal pasti 32,800 individu daripada golongan B40 untuk menerima perkhidmatan bas percuma pada bila-bila masa tanpa had, di negeri berkenaan.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri Datuk Rahmad Mariman berkata individu-individu berkenaan akan mendapat sekeping kad, bagi menggunakan perkhidmatan tersebut dalam masa terdekat.
"Senarai penerima perkhidmatan ini diambil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
"Ini merupakan antara perkara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan negeri, selepas menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang lalu," katanya kepada pemberita pada Majlis Penghargaan Program 'Touch Point' Suruhanjaya Tenaga di Surau Kyai Hj Husin di Kampung Batu Puteh, Paya Dalam di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Pejabat Kawasan Suruhanjaya Tenaga Negeri Sembilan dan Melaka Nur Ali Za Omar.
Rahmad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata antara perkara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan negeri di bawah portfolionya termasuklah pembelian aset-aset bas baharu.
Katanya, antara lain termasuklah stesen tempat rehat bagi pemandu-pemandu e-Hailing dan penambahbaikan kemudahan kepada orang kurang upaya (OKU).
Dalam perkembangan lain, Rahmad berkata kerajaan negeri juga memohon sejumlah RM35 juta bagi membina jalan pintas ke Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) sepanjang 5 kilometer di Tambak Paya di sini, dalam usaha menyuraikan trafik.
Katanya peruntukan itu dimohon di bawah Rancangan Boleh Pinda Ketiga pada tahun hadapan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Sementara itu, Nur Ali Za berkata Pejabat Kawasan Suruhanjaya Tenaga Negeri Sembilan dan Melaka memperuntukkan sejumlah RM30,000 pada tahun ini, bagi melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kedua-dua negeri berkenaan.
Katanya ia membabitkan beberapa siri program 'touchpoint' agensi berkenaan bagi memastikan pendawaian elektrik di premis-premis terutama di kampung adalah selamat untuk orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Datuk Rahmad Mariman berkata individu-individu berkenaan akan mendapat sekeping kad, bagi menggunakan perkhidmatan tersebut dalam masa terdekat. - Bernama

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Tangguh waktu kerja jururawat: Tempoh sesuai semua pihak beri pandangan - Cuepacs
Cuepacs yakin kerajaan akan menangani perkara itu dengan baik, sekali gus memastikan sistem penyampaian kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.
Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony hari ini kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.
PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu bahawa Perdana Menteri menegaskan tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan mengugat keharmonian negara.
RM22.28 juta disedia bangunkan infrastruktur jelapang padi di Sabah
Sebanyak RM22.28 juta diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur di kawasan jelapang padi di Sabah pada tahun ini.
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyenaraikan dua projek melibatkan kos RM51.5 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai langkah mengurangkan banjir di Sarawak.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.

Pakej 2 Jalan Pintasan dijangka siap 2026
Projek bernilai RM851.04 juta ini akan mengurangkan masa perjalanan dari Bandar Baru Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu daripada 40 minit kepada 10 minit.

AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo
AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.

Rompakan kedai emas: Polis teliti rakaman CCTV, empat saksi beri keterangan setakat ini
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan tersebut, dengan dua memasuki premis dan seorang menunggu dalam kereta.

Tidak hormat Ramadan, peniaga hisap rokok di kedai makan ditahan
Seorang peniaga lelaki yang bersahaja menghisap rokok ketika mengangkat makanan dipercayai untuk dijual, ke dalam kenderaannya, ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sini, pada Ahad.

Kerja naik taraf Jalan Tun Hamzah libatkan kos RM300 juta - Exco
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Tun Hamzah daripada dua lorong kepada empat lorong yang melibatkan laluan sepanjang 4.5 kilometer dijangka bermula pada November ini melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.