KUALA NERUS: Seramai 326,500 ahli Skuad Waja di bawah Jabatan Pembangunan Wanita sudah bersiap sedia membantu mangsa banjir di seluruh negara kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Beliau berkata sukarelawan di bawah skuad tersebut berupaya membantu mangsa banjir dalam pelbagai aspek termasuk memberi sokongan psikososial.
"Setakat ini Skuad Waja yang telah berdaftar dengan kita adalah seramai 326,500 orang yang mana sebahagian daripada mereka sudah mendapat kursus dan latihan. Antara peranan Skuad Waja juga adalah untuk menangani isu-isu psikososial termasuk berkaitan mangsa-mangsa (banjir) di PPS (pusat pemindahan sementara)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sayyidatina Aishah 2022 dan melancarkan Dasar Wanita Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, dekat sini hari ini.
Siti Zailah berkata sebahagian daripada 16,239 petugas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat juga antara lain akan memberikan khidmat kaunseling kepada mangsa banjir yang trauma terutama bagi mereka yang pertama kali berhadapan dengan musibah itu.
Dalam perkembangan lain Siti Zailah menasihati masyarakat sama ada wanita atau lelaki supaya mendapatkan bantuan termasuk khidmat kaunseling yang disediakan di 108 pejabat kebajikan daerah di seluruh negara sekiranya mengalami masalah atau tekanan jiwa.
Katanya Talian Kasih 15999 atau WhatsApp Talian Kasih di 0192615999 serta talian bebas tol 1800 820 300 yang disediakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga boleh dihubungi bagi mendapatkan pelbagai bantuan dan nasihat termasuk aduan keganasan rumah tangga.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Siti Zailah berkata sukarelawan di bawah skuad tersebut berupaya membantu mangsa banjir dalam pelbagai aspek termasuk memberi sokongan psikososial. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi
Selangor mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi, iaitu 4,690 kes berbanding negeri lain di seluruh negara bagi tempoh 2020 hingga Ogos 2023.

Kerajaan cadang perluas kemudahan Bekerja Dari Rumah dengan gaji penuh - Perdana Menteri
Inisiatif tersebut jelas Muhyiddin lagi bagi menggalakkan shared responsibility dan membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja.