Seramai 331 calon memperoleh pangkat Mumtaz (Cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2014.
Jumlah tersebut menyaksikan penurunan 0.8 peratus (38 calon), iaitu daripada 369 calon (6.3 peratus) pada tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, calon yang mendapat sijil iaitu dari pangkat Maqbul (Lulus) sehingga Mumtaz (Cemerlang) meningkat seramai 310 calon (2.9 peratus), daripada 3,513 calon (60.4 peratus) pada 2013 kepada 3,823 calon (63.3 peratus) pada 2014.
Calon yang memperoleh Jayyid Jiddan (Sangat Baik) pula meningkat 39 calon. Namun dari segi peratusan, ia menyaksikan penurunan 0.1 peratus iaitu 18.7 peratus berbanding 18.8 peratus pada 2013.
Sementara kumpulan calon peroleh pangkat Jayyid (Baik) dan Maqbul (Lulus) pula masing-masing turut meningkat 1.6 peratus (160 calon) dan 2.3 peratus (149 calon).
Calon yang tidak layak sijil STAM menurun seramai 91 calon (2.9 peratus) daripada 2,303 calon (39.6 peratus) pada tahun 2013 kepada 2,212 calon (36.7 peratus) pada tahun 2014.
Jumlah calon yang berjaya mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) dalam kesemua sepuluh (10) mata pelajaran yang diduduki kekal seramai 34 calon seperti pada tahun 2013. Namun dari segi peratusan, ia menurun sebanyak 0.02 peratus iaitu 0.58 pada 2013 kepada 0.56 peratus pada 2014.
Calon yang memperoleh gred minimum Maqbul (tidak termasuk Gred Mumtaz) meningkat 310 calon (2.96 peratus) daripada 3,479 calon (59.82 peratus) pada 2013 kepada 3,789 calon (62.78 peratus) pada 2014.
Bagaimanapun, berlaku penurunan kepada bilangan calon yang gagal semua mata pelajaran yang diduduki (semua Gred Rasib) iaitu 31 calon (0.58 peratus), daripada 101 calon (1.74 peratus) kepada 70 calon (1.16 peratus).
Secara keseluruhan, pencapaian STAM 2014 adalah setanding berbanding keputusan 2013 dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN) kedua-dua tahun tersebut adalah sama iaitu 3.20 mata.
Seramai 8,800 calon telah mendaftar untuk menduduki STAM 2014 berbanding 8,613 calon pada tahun sebelumnya, iaitu bertambah seramai 187 calon (2.2 peratus).
Daripada jumlah tersebut, 7,769 calon pelbagai kategori sekolah mendaftar sepuluh (10) mata pelajaran dan kali pertama menduduki STAM.
Analisis keputusan peperiksaan STAM itu berdasarkan calon yang menduduki sepuluh (10) mata pelajaran serta pertama kali menduduki STAM yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof di Kompleks Kementerian Pendidikan, Putrajaya.
STAM 2014 telah dilaksanakan dengan lancar di mana ujian lisan dijalankan pada 7 hingga 17 Julai 2014, sementara ujian bertulis pula dari 13 hingga 21 Oktober 2014.
Bagi calon persendirian, slip keputusan akan dihantar melalui pos oleh Jabatan Pendidikan Negeri berkaitan.
Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (my-s-m-s) serta melayari portal lembaga peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp.
Israr Khalid
Wed Jan 28 2015

Keputusan STAM diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof di Kompleks Kementerian Pendidikan, Putrajaya. - Foto BERNAMA

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Mangsa banjir di Sabah semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam ini.

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

STAM 2020: 27 daripada 5,574 calon peroleh gred Mumtaz
Indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan adalah 3.04.

STAM 2015: GPN, jumlah pelajar cemerlang meningkat
Pencapaian calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 di seluruh negara menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

331 calon STAM 2014 peroleh pangkat Mumtaz
Seramai 331 calon memperoleh pangkat Mumtaz (Cemerlang) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2014.