KUALA LUMPUR: Sebanyak 35,000 pengunjung tempatan dan luar negara disasar menyertai program Iftar@KL 2024 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Dataran Merdeka sepanjang enam hari penganjurannya.
Program pada hari ini, dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pusat Pelancongan Islam dan Persatuan Seni Budaya Putra itu, menyediakan 30 dulang juadah berbuka puasa untuk pengunjung.
Ketua Pengarah JKKN Mohd Amran Mohd Haris berkata, penyertaan pengunjung pada tahun ini amat menggalakkan dan meningkat berbanding hanya 30,875 pengunjung pada tahun lepas.
"Program ini merupakan kali ke-12 diadakan selepas mula diperkenalkan pada 2012 itu dan untuk tahun ini, ia berlangsung selama enam hari iaitu pada 23, 24, 30, 31 Mac serta 6 dan 7 April.
"Program ini bertujuan mengimarah dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah selain merapatkan silaturahim antara kaum menerusi program dan aktiviti kerohanian," katanya kepada pemberita dalam program yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan.
Dalam pada itu, Khairul Firdaus berkata MOTAC sedang merancang untuk memperluaskan program seumpama ini ke seluruh negara.
"Pelancongan budaya perlu diperincikan lagi bahawa betapa uniknya kebudayaan kita ketika bulan mulia ini selain dapat mengeratkan silaturahim.
"Tahun ini kita dimaklumkan, program sebegini akan berlangsung di Sabah dan Pahang manakala pada tahun depan mungkin diperluaskan ke negeri-negeri lain," katanya.
Sementara itu seorang pengunjung dari Australia, Alice Darrick, 35 berkongsi keterujaan menyertainya apabila tiba seawal 4.30 petang bersama suaminya.
"Ini kali pertama saya menyertai program sebegini dan ia sangat menarik. Ramai datang dengan keluarga untuk berbuka puasa bersama-sama," katanya kepada Bernama.
Seorang pelajar sekolah, Maisarah Batrisyiah Mazlan, 17, berkata dia bersama rakannya tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai program iftar itu pada setiap tahun.
"Saya selalu datang ke program ini kerana ada pelbagai jenis makanan dan juadah untuk berbuka puasa. Lagi-lagi dapat berbuka bersama kawan-kawan di kawasan tarikan pelancong, rasa sangat seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024

Penyertaan pengunjung pada tahun ini amat menggalakkan dan meningkat berbanding hanya 30,875 pengunjung pada tahun lepas. - Bernama

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.

Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.

Iftar@KL kembali meriahkan Dataran Merdeka
Kira-kira 3,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang tanpa mengira agama memenuhi Jalan Raja di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.