Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, mengemukakan 353 syor bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan dua syor terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016, dengan 90 syor kepada aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, 17 syor kepada syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan dan 244 syor terhadap pengurusan aktiviti dan kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri.
"Sebagaimana lazim, ketua jabatan berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1, mengandungi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan serta pengurusan aktiviti dan kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri untuk tahun yang sama.
Ia dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Madinah berkata laporan Ketua Audit Negara kali ini antara lain mengandungi pengesahan penyata kewangan kerajaan persekutuan, prestasi hasil kutipan kerajaan persekutuan, pengauditan pengurusan kewangan (indeks akauntabiliti) serta pengauditan prestasi terhadap program dan aktiviti kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.
Beliau berkata hasil Kerajaan Persekutuan pada 2016 berjumlah RM212.421 bilion berbanding RM219.089 bilion pada 2015. Kutipan hasil menunjukkan trend penurunan berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Mengenai penarafan tahap prestasi pengurusan kewangan, sebanyak 25 kementerian, 18 jabatan persekutuan, 38 badan berkanun persekutuan, 138 kementerian/jabatan negeri, 41 badan berkanun negeri, 41 pihak berkuasa tempatan dan enam Majlis Agama Islam telah diaudit.
Bagi pengauditan prestasi terhadap program/aktiviti/projek kerajaan, Madinah berkata sebanyak 63 pengauditan prestasi dan 21 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri, merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan, hasil dan pengurusan syarikat.
Selain itu, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan laporan maklum balas mengenai laporan itu yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan terhadap isu yang dilaporkan, kata beliau.
Menurut Madinah, sebanyak 187 daripada 307 kementerian, jabatan persekutuan dan badan berkanun persekutuan, kementerian/jabatan negeri, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan dan Majlis Agama Islam mendapat penarafan cemerlang (5 bintang).
"Sebanyak 25 kementerian memperoleh penarafan cemerlang berbanding 15 kementerian pada 2015," kata beliau.
Madinah berkata kandungan laporan itu berserta sinopsisnya boleh dilayari di laman sesawang Jabatan Audit Negara.
Katanya satu sesi bersama media mengenai Laporan Ketua Audit Negara akan diadakan Khamis (3 Ogos) di Auditorium Kompleks C, Putrajaya pada 12 tengah hari, yang akan dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan ketua-ketua setiausaha kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2017

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, mengemukakan 353 syor bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri. - Gambar fail
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
AWANI Ringkas: 'Gummy mata' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Februari 2025
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
AWANI Tonight: Transnational repression within Malaysia’s borders
With Malaysia as ASEAN 2025 chair, Douglas Teoh from the End Transnational Repression Alliance speaks on the implications of the country’s role in transnational repression particularly in the face of Myanmar’s junta.
AWANI 7:45 [21/2/2025] – Gummy pembunuh senyap| Keselamatan murid keutamaan| cubaan cabul di masjid| Karpet raya musnah terbakar
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya Tumpuan #AWANI745 malam ini 1. Perjalanan terakhir, keluarga, rakan-rakan iringi jenazah Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz
2. Jabatan Pendidikan Negeri diarah pantau rapat penjaja di luar kawasan sekolah
3. Remaja cuba cabul kanak-kanak di masjid ditahan
4. Karpet raya hangus, kilang di Nilai 3 terbakar
2. Jabatan Pendidikan Negeri diarah pantau rapat penjaja di luar kawasan sekolah
3. Remaja cuba cabul kanak-kanak di masjid ditahan
4. Karpet raya hangus, kilang di Nilai 3 terbakar
AWANI Tonight: PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
The PAC will begin proceedings on Feb 24 to examine the rise in health insurance premiums and private hospital charges. The findings will be presented in the next Parliament session.
Consider This: Sosma Under Review (Part 1) — What Reforms Are On The Table?
The government is reviewing the controversial Security Offences (Special Measures) Act, or Sosma, with plans to refine certain provisions and present them during the next Dewan Rakyat sitting in July. The Home Ministry says this will be about fine-tuning the law to strike a better balance between national security and detainee rights— but will these reforms truly be meaningful, or do they leave the core problems of Sosma intact? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Sevan Doraisamy, Executive Director of Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Consider This: Sosma Under Review (Part 2) — What Reforms Are On The Table?
The government is reviewing the controversial Security Offences (Special Measures) Act, or Sosma, with plans to refine certain provisions and present them during the next Dewan Rakyat sitting in July. The Home Ministry says this will be about fine-tuning the law to strike a better balance between national security and detainee rights— but will these reforms truly be meaningful, or do they leave the core problems of Sosma intact? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Suhakam commissioner Ragunath Kesavan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Baki RM312.22 juta tunggakan pinjaman pembangunan tanah peserta telah ditukar status - Felcra
Penukaran baki pinjaman kerajaan kepada ekuiti dalam Felcra, termasuk jumlah RM312.22 juta itu, diluluskan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022.

Laporan Audit Negara: Kerajaan perlu pantau setiap projek, elak pembaziran - Penganalisis
Kerajaan perlu mengambil tindakan serius kepada pemantauan sebarang projek kerajaan bagi mengelakkan pembaziran berlaku.

LKAN: Tadbir urus TH Hotel & Residence, TalentCorp kurang memuaskan
Nik Azman berkata, sebuah syarikat lagi dalam senarai sama ialah Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Laporan Audit Negara berhubung 1MDB dipinda
Perkara berkenaan didedahkan oleh Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur), yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal RMK11.

PAC sangkal dakwaan ia tiada 'taring'
PAC menyangkal dakwaan bahawa ia tidak mempunyai 'taring' dalam memastikan kerajaan mengambil tindakan terhadap sesuatu isu.

175 pegawai kerajaan disiasat, 85 bersalah
85 daripada 175 pegawai kerajaan didapati bersalah atas kecuaian mematuhi prosedur, salah guna kuasa dan penipuan.

Laporan Ketua Audit Negara: Pendirian PAC langkah proaktif, kata Razali
Pendirian PAC mahu memanggil kementerian berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 satu langkah proaktif tangani isu berbangkit.

MB Negeri Sembilan puas hati Laporan Ketua Audit Negara
Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat laporan itu pada keseluruhannya memuaskan dengan hanya terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki.

Penjawat awam mesti ubah sikap elak ketirisan
Jika setiap penjawat awam mengamalkan sikap integriti dan amanah dalam menjalankan tugas, ketirisan mungkin dapat dikurangkan.

"Beberapa kes" dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 disyor untuk pendakwaan
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesyorkan beberapa kes yang telah didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan di mahkamah