KUANTAN: Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.
Adnan berkata, kepercayaan memimpin rakyat yang diberikan selama lapan penggal telah melayakkan beliau mentadbir negeri apabila diberi mandat sebagai Menteri Besar Pahang selama 19 tahun.
"Kita semua sedia maklum, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan dibubarkan dalam sedikit masa lagi.
"Jadi saya menganggap ini ucapan terakhir dalam dewan sebelum saya bersara sepenuhnya setelah berkhidmat sebagai ADUN selama 36 tahun, dua bulan dan tujuh hari," katanya.
Beliau berucap demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, pada Selasa.
Adnan turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang pernah bersama dengannya dalam mentadbir Pahang selama beliau mencurahkan khidmat dan bakti.
Beliau juga mengucap syukur kerana Pahang kini berada di bawah pentadbiran kerajaan yang baik pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam meneruskan legasi untuk membantu rakyat.
“Saya ingin menyatakan bahawa Negeri Pahang bernasib baik mendapat hamba Allah bernama Wan Rosdy, anak (kelahiran) Lipis yang menjadi Menteri Besar.
"Nyata sekali selain pengalaman dan kelayakan, Menteri Besar (Wan Rosdy) ini mempunyai 'temperament' (perangai) yang baik maknanya tidak beremosi, tidak marah, tidak mudah excited (teruja) macam sesetengah orang,” katanya.
Beliau berharap agar Wan Rosdy dapat meneruskan perkhidmatan cemerlang selain dapat menambah baik serta melakukan pembangunan baharu dibantu oleh kepimpinan negeri.
“Saya percaya, Wan Rosdy akan dapat mengemudi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ini dan Insya-Allah dapat membentuk Kerajaan Negeri Pahang,” ujarnya.
Norfarhiza Mohd Atar
Wed Oct 12 2022

Adnan berkata, kepercayaan memimpin rakyat yang diberikan selama lapan penggal telah melayakkan beliau mentadbir negeri apabila diberi mandat sebagai Menteri Besar Pahang selama 19 tahun. - Gambar/ Astro AWANI

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Pesawat terhempas di Elmina: Johari tegas, komited dan prihatin rakyat
Keperibadiannya menjadikan ADUN Pelangai itu seorang yang disenangi dan dihormati ramai.

36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.