KUALA LUMPUR: Sebanyak 3.78 juta kenderaan di seluruh negara dikesan tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) hingga 16 Nov lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata pemilik LKM diberi tempoh hingga 31 Dis ini untuk memperbaharuinya.
Beliau berkata pemilik diingatkan tidak memperbaharui LKM di saat akhir bagi mengelak kesesakan di kaunter-kaunter cawangan JPJ yang turut dibuka pada hujung minggu hingga 31 Dis ini.
"Pengguna boleh datang ke mana-mana kaunter cawangan JPJ, senarai waktu boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi JPJ," katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi di sini tengah malam tadi.
Aedy Fadly berkata LKM juga boleh diperbaharui secara dalam talian jika pemilik tidak mahu bersesak di kaunter JPJ.
"Buat masa sekarang, kami beri peluang untuk mereka perbaharui LKM dan selepas 31 Dis tiada lagi arahan daripada kerajaan untuk menyambung moratorium dan sebagainya.
"JPJ memang menjangkakan berlaku serbuan pada saat-saat akhir kerana situasi itu adalah perkara biasa yang berlaku setiap kali tarikh akhir sudah semakin dekat. Serbuan luar jangka oleh orang awam itu nanti bukan sahaja akan berlaku di pejabat JPJ malah ia juga berlaku di pejabat pos," katanya.
Pada Sept lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata tempoh moratorium lanjutan pembaharuan LKM dilanjutkan hingga 31 Dis ini dan pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah serta menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.
Mengenai operasi bersepadu itu, Aedy Fadly berkata pihaknya memeriksa 3,210 kenderaan dan mengeluarkan 596 notis atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Tujuan operasi bersepadu diadakan adalah untuk mendidik dan menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta peraturan di bawah bidang kuasa agensi penguat kuasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
![3.78 juta kenderaan masih belum perbaharui LKM - JPJ 3.78 juta kenderaan masih belum perbaharui LKM - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633232794_TBKESELAMATAN.jpg)
Dalam operasi bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi malam tadi, JPJ memeriksa 3,210 kenderaan dan mengeluarkan 596 notis atas pelbagai kesalahan. - Gambar hiasan
![Zelensky sedia berunding dengan Putin Zelensky sedia berunding dengan Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737767209_PresidentZelensky.jpg)
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
![Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729575228_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
![Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738770311_AnggotaJabatanBomb.jpg)
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
![MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738768577_MAHAR.jpg)
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013589_KhaledNordin.jpg)
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735225235_tbIsraeliairstrike.jpg)
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
![Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725270975_CPMKumar.jpg)
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
![Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708773776_TBgarisanpolis.jpg)
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
![Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/51458911926_Graduationhatscroll.jpg)
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
![JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736995188_MuhammadFirdausSha.jpg)
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
![Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711800863_AnthonyLoke.jpg)
Perincian cukai jalan EV di peringkat akhir - Loke
Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir perincian bagi kadar cukai jalan atau lesen kenderaan motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) dan ia dijangka diumumkan bulan depan.
![Perbaharui lesen memandu, LKM di Program MADANI Rakyat mulai Jumaat ini Perbaharui lesen memandu, LKM di Program MADANI Rakyat mulai Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676532900_LesenMemandu.jpg)
Perbaharui lesen memandu, LKM di Program MADANI Rakyat mulai Jumaat ini
Pembaharuan lesen itu boleh dilakukan melalui Perkhidmatan Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bakal beroperasi jam 9 pagi hingga 10 malam.
![Struktur cukai jalan EV diumum bulan depan - Loke Struktur cukai jalan EV diumum bulan depan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698565267_AnthonyLoke.jpg)
Struktur cukai jalan EV diumum bulan depan - Loke
Kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih kompetitif bulan depan sebagai usaha menggalakkan penggunaan kenderaan itu.
![LKM rancang buka 200 hektar kawasan baharu tanaman koko tahun ini LKM rancang buka 200 hektar kawasan baharu tanaman koko tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655683600_BijikokoLembagaK.jpg)
LKM rancang buka 200 hektar kawasan baharu tanaman koko tahun ini
Kawasan tanaman baharu itu meliputi 110 hektar di Sabah, 80 hektar di Semenanjung dan 10 hektar di Sarawak.
![LKM, kerajaan negeri Sabah kerjasama perluas penanaman koko LKM, kerajaan negeri Sabah kerjasama perluas penanaman koko](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655683600_BijikokoLembagaK.jpg)
LKM, kerajaan negeri Sabah kerjasama perluas penanaman koko
Ketika ini pengeluaran koko negara hanya 1,000 tan metrik dan negara terpaksa mengimport biji koko dalam jumlah yang banyak.
![Mangsa banjir dikecualikan bayaran ganti LKM, LMM dan VOC Mangsa banjir dikecualikan bayaran ganti LKM, LMM dan VOC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640107402_WeeKaSiong.jpg)
Mangsa banjir dikecualikan bayaran ganti LKM, LMM dan VOC
Tiada tempoh ditetapkan bagi mangsa menggantikan dokumen berkenaan memandangkan masing-masing mempunyai urusan penting lain.
![3.78 juta kenderaan masih belum perbaharui LKM - JPJ 3.78 juta kenderaan masih belum perbaharui LKM - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633232794_TBKESELAMATAN.jpg)
3.78 juta kenderaan masih belum perbaharui LKM - JPJ
Pemilik LKM diberi tempoh hingga 31 Dis ini untuk memperbaharuinya.
![Urusan pembaharuan LKM di Puspakom Sabah, Sarawak bermula 1 Nov Urusan pembaharuan LKM di Puspakom Sabah, Sarawak bermula 1 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630404981_PUSPAKOMGeneric.jpg)
Urusan pembaharuan LKM di Puspakom Sabah, Sarawak bermula 1 Nov
Urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan boleh dilakukan di 14 pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) di Sabah dan Sarawak bermula 1 Nov ini.
![Urusan pembaharuan LKM kenderaan persendirian di Puspakom mulai esok Urusan pembaharuan LKM kenderaan persendirian di Puspakom mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61630404981_PUSPAKOMGeneric.jpg)
Urusan pembaharuan LKM kenderaan persendirian di Puspakom mulai esok
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan persendirian boleh dilakukan di 39 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) seluruh Semenanjung mulai esok.