KUALA LUMPUR: Wanita yang memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam kini mencapai 38.8 peratus, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Bagaimanapun, beliau berkata, sasaran 30 peratus wanita memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan dalam sektor swasta dan korporat masih belum dicapai setakat ini.
Katanya perkara itu antara isu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Negara (MWKN) yang julung kali diadakan pada tahun ini.
Nancy berkata mesyuarat itu juga menumpukan aspek dan inisiatif dalam menggalakkan golongan wanita untuk kembali bekerja bagi menjayakan sasaran 60 peratus penyertaan tenaga kerja kaum hawa dalam pasaran tenaga buruh yang digariskan oleh Kerangka Ekonomi MADANI.
"Kalau dibanding dengan Singapura, golongan wanita yang bekerja adalah lebih 70 peratus, jadi kita mahu mencapai tahap yang tinggi tetapi kita perlu memberi sokongan dalam serba-serbi terutama sekali gaji," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini pada Khamis.
Nancy berkata mesyuarat itu turut membincangkan pandangan dan cadangan mengenai pelaksanaan inisiatif pelanjutan pengecualian cukai bagi wanita yang kembali bekerja hingga 31 Dis 2027 seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Ini termasuk cadangan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak yang dinaikkan kepada RM3,000.
Beliau berkata sebagai langkah menggalakkan wanita kembali bekerja, kementerian juga melaksanakan reformasi dari sudut undang-undang melalui Akta Antigangguan Seksual 2022 bagi melindungi golongan itu seterusnya dapat memberi keyakinan diri kepada mereka untuk kembali bekerja.
Nancy berkata mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan 2022-2025 di Peringkat Negeri oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Mesyuarat turut disertai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu, Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Maziah Che Yusoff, wakil-wakil agensi di bawah kementerian berkenaan serta wakil kementerian lain.
MWKN, yang ditubuhkan pada awal tahun ini, berfungsi sebagai platform untuk semua pihak berkepentingan meliputi agensi Kerajaan Persekutuan, wakil sektor swasta, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan memberikan pandangan serta idea bagi memperkasa wanita selain mengukuhkan institusi keluarga secara lebih meluas dan komprehensif.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023

Nancy berkata, sasaran 30 peratus wanita memegang jawatan di peringkat pembuat keputusan dalam sektor swasta dan korporat masih belum dicapai setakat ini. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.

Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.

OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan.

Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah.

Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.