KUALA LUMPUR: Seramai 38 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lepas di Dewan Negara.
Sebelum menangguhkan sidang dewan pada 5.05 petang hari ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad berkata Isnin dan Selasa depan diperuntukkan bagi giliran menteri-menteri menjawab berdasarkan perbahasan berkenaan.
Terdahulu, antara perkara yang dibangkitkan pada sesi perbahasan hari ini ialah soal membantu golongan B40 di Sarawak, isu pendatang tanpa izin di Sabah dan pengurusan tanah adat Orang Asli.
Senator Rita Sarimah Patrick Insol berharap agar subsidi tanaman secara bersasar dan penyediaan tapak bagi tanaman kelapa sawit diperkenalkan semula bagi membantu golongan B40 di Sarawak keluar daripada kepompong kemiskinan.
"Masyarakat Bumiputera di Sarawak kaya dengan tanah namun miskin dengan wang, miskin dengan mesin, miskin dengan kaedah dan sumber pembuatan yang lain. Subsidi tanaman termasuk penyediaan tapak bagi tanaman kelapa sawit sebelum ini telah memanfaatkan ramai keluarga B40...mereka berjaya beli kereta dan dapat hantar anak ke sekolah," katanya.
Selain itu, Senator Datuk Bobbey Ah Fang Suan mencadangkan supaya kerajaan Malaysia berbincang dengan kerajaan Filipina bagi membuka sebuah Pejabat Konsulat Jeneral di Sabah untuk menoktahkan isu pendatang tanpa izin dan pelarian di negeri itu.
"Ini amat penting untuk menoktahkan masalah pendatang tanpa izin yang timbulkan pelbagai masalah sosial, meminta sedekah, mengganggu kecantikan bandar, membuat penyambungan paip air haram sehinggalah wujud tanah perkuburan di kawasan tidak sepatutnya seperti pencawang elektrik," katanya.
Senator Manolan Ahmad pula mencadangkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Tanah Orang Asli bagi menyelaraskan kuasa kerajaan negeri dan persekutuan dalam mengurus perkara berkenaan.
"Kekangan yang berlaku sekarang ialah negeri ada kuasa atas tanah dan Persekutuan ada kuasa atas Orang Asli, maka tidak ada kerjasama yang berlaku dan yang menjadi mangsa Orang Asli," katanya.
Persidangan dewan bersambung Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

Seramai 38 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lepas di Dewan Negara. - Gambar fail/BERNAMA
Kabinet Arab Saudi sokong resolusi pembinaan semula Gaza
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan bahawa dalam mesyuarat Kabinet di Riyadh pada Selasa, Kabinet menegaskan penolakan sidang kemuncak itu terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin serta gesaannya untuk menamatkan krisis kemanusiaan akibat konflik yang berterusan.
Serangan dron Rusia membunuh seorang individu
Rakaman video yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan tempatan menunjukkan pasukan bomba sedang memadamkan api di kawasan perumahan.
AS bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Malah, White House mendakwa cadangan semasa pembinaan Gaza, tidak mengambil kira realiti bahawa wilayah tersebut kini tidak boleh didiami.

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia
Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia.
Queensland siap sedia hadapi taufan pertama dalam tempoh 51 tahun
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata kerajaan sedang menyediakan 250,000 beg pasir kepada kerajaan Queensland, selain 80,000 yang telah dihantar oleh tentera.
Colek sajian moreh di Masjid Raudah Sakinah
Penyediaan moreh bukannya suatu kemestian sebaliknya amalan itu bertujuan memupuk semangat maufakat selain membuat amal kebajikan sesama umat Islam.
Pelajar cemerlang B40 terima biasiswa perubatan
Seorang pelajar cemerlang kumpulan berpendapatan rendah terharu selepas menerima biasiswa penuh daripada Universiti Perdana.
PRK Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh berhubung kematian individu terbabit masih dikendalikan oleh pihak berkuasa, ketika ini.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
Saya hanya dedahkan perkara sebenar dalam 1MDB - Che Lodin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi pada Rabu tujuan beliau memberi keterangan kerana mahu dedah perkara sebenar berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
Amzar tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu.

38 Senator ambil bahagian bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Seramai 38 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lepas di Dewan Negara.

148 Ahli Parlimen selesai bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Seramai 148 Ahli Parlimen selesai mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang berlangsung selama lima hari bermula 14 Feb lepas.

Dewan Rakyat: 16 menteri dijangka gulung perbahasan Titah Diraja hari ini
Isu kajian semula gaji minimum, kes pelanggaran status makanan dan produk halal serta situasi pekerjaan belia antara yang bakal dikupas.