IPOH: Memahami kehendak pelanggan serta mengutamakan kualiti jahitan adalah 'resepi' utama pemilik Amarru Jeans Repair, Mohd Shukri Amal, 56, kekal bertahan dalam kerjaya membaiki dan mengubah suai seluar jeans, tanpa jemu sejak 38 tahun lepas.
Mohd Shukri yang mesra disapa 'Mat' oleh rakan-rakan dan pelanggan menjelaskan, kedua-dua faktor itu amat dititikberatkan kerana ia menjadi asbab pelanggan terus mempercayai hasil kerjanya.
"Bagi saya, 80 peratus adalah menepati kehendak pelanggan manakala 20 peratus lagi kepada kualiti jahitan (seluar) itu sendiri. Bila kedua-duanya sukses, Insya-Allah pelanggan akan puas hati.
"Saya amat berpegang kepada kedua-dua perkara ini dan sejak buka kedai sehingga sekarang, jarang pelanggan datang semula ke kedai kerana tidak puas hati dengan hasil kerja saya," kata anak jati Teluk Intan itu ketika ditemui Bernama di kedainya, di Jalan Sultan Idris Shah, di sini.
Bercerita lanjut, Mohd Shukri berkata, pemilihan benang amat penting bagi memastikan jahitan tampak kemas dan bersesuaian dengan ira kain jeans yang dibaiki.
Justeru, katanya, sebahagian daripada benang yang diguna pakai perlu diimport seperti dari Indonesia dan Jepun.
"Kebiasaannya, benang-benang ini digunakan pada seluar jeans yang nilainya mencecah ribuan ringgit. Kita juga gunakan mesin jahit khas untuk pastikan kualiti jahitan menyerupai jahitan asal seluar jeans tersebut," katanya.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, kedai yang dibuka dari 11 pagi hingga 7 malam itu mampu menerima 15 hingga 20 tempahan setiap hari bagi pelbagai proses pembaikan jeans mengikut cita rasa pelanggan.
"Kita tawarkan perkhidmatan seperti proses baiki keseluruhan struktur seluar sama ada ingin dikecilkan atau dibesarkan. Kita juga buat proses tampalan, memotong, mengecilkan serta membesarkan kaki seluar.
"Harga yang dikenakan terhadap semua proses itu bermula dari RM7 hingga RM60 sehelai selain turut bergantung kepada jenama serta material kain jeans tersebut," katanya.
Mengungkap permulaan kisah penglibatanya dalam kerjaya itu, Mohd Shukri berkata, minatnya mula berputik sewaktu berada di Tingkatan Empat apabila diminta membaiki seluar jeans koyak milik seorang rakannya.
"Berbekalkan mesin jahit arwah mak, saya pun tolonglah baiki seluar jeans itu tanpa sebarang upah. Daripada situ, saya mula asah kemahiran (membaiki jeans) tanpa mendapat latihan khusus.
"Saya belajar sendiri dengan cara buka dan pasang semula jahitan seluar jeans berkali-kali hingga saya mahir. Selepas tamat persekolahan, saya cuba nasib di Ipoh. Berbekalkan modal yang disimpan, saya nekad buka kedai (baiki jeans) sehingga ke hari ini," katanya.
Mohd Shukri berkata, kebiasaannya jumlah pelanggan akan meningkat tiga hingga lima kali ganda menjelang musim perayaan seperti sambutan Aidilfitri.
Sementara itu, Badrul Hisham Baharom, 54, pelanggan tetap Amarru Jeans sejak 15 tahun lalu berkata, kualiti jahitan yang halus antara sebab beliau kekal setia sebagai pelanggan.
"Lagipun, dia (Mohd Shukri) memahami stail yang saya mahukan pada setiap seluar yang dihantar. Kualiti jahitannya juga terbaik dan harga yang ditawarkan amat berpatutan," kata pegawai perhubungan awam sebuah syarikat perumahan tempatan itu. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024

Kata Mohd Shukri, sebahagian daripada benang yang diguna pakai perlu diimport seperti dari Indonesia dan Jepun. - Gambar Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

38 tahun Mat tak jemu baiki, ubah suai jeans, utamakan kualiti jahitan
Pemilihan benang amat penting bagi memastikan jahitan tampak kemas dan bersesuaian dengan ira kain jeans yang dibaiki.