PUTRAJAYA: Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) telah menyelesaikan 39,323 kes melibatkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) dalam tempoh 2018 hingga 2022, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Menerusi kenyataan di sini hari ini, Nga berkata bagi tempoh itu sebanyak 7,202 kes melibatkan TPPR dan 32,121 kes pula membabitkan TPS.
"Kes yang diselesaikan ini termasuk kes tertunggak dari tahun sebelumnya.
"Pencapaian penyelesaian kes bagi TPPR dan TPS melebihi 95 peratus daripada kes yang didaftarkan sejak 2018 walaupun dalam tempoh pandemik COVID-19," katanya yang mahu pencapaian itu diteruskan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
TPPS yang terbahagi kepada dua kategori iaitu TTPR dan TPS berfungsi sebagai forum alternatif untuk menyelesaikan pertikaian mengenai perumahan antara pembeli rumah dengan pemaju perumahan serta hal berkaitan pengurusan strata secara mudah, murah dan cepat.
Dari segi pemfailan kes, Nga berkata 7,909 kes TPPR dan 31,364 kes TPS didaftarkan bagi tempoh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata bagi tempoh 2018 hingga 2022, sebanyak 7,202 kes melibatkan TPPR dan 32,121 kes pula membabitkan TPS. - Gambar fail/Astro AWANI
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
'Kemuka aduan di tribunal jika timbul isu dengan pemaju' - Nga Kor Ming
Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kualiti pembinaan rumah mereka disaran mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.
'Kerajaan negeri berkuasa tentukan harga rumah' - Noh
Antara punca kenaikan harga rumah adalah faktor lokasi, caj premium serta kos yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kementerian tubuh jawatankuasa khas teliti pinjaman pemaju - Noh Omar
Jawatankuasa terbabit akan turut melihat secara terperinci kadar faedah pinjaman yang bakal ditawarkan pemaju kepada pembeli.
40,536 kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah selesai - Noh Omar
Sejumlah 40,536 daripada 40,923 kes yang difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) telah berjaya diselesaikan sepanjang 1 Januari 2003 hingga 31 Julai lalu.