KUALA LUMPUR: Seramai 39,019 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan automatik sebagai pemilih baharu dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2024 (DPT BLN5/2024) dalam tempoh 1 hingga 31 Mei lepas.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata ia turut mengandungi 6,547 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,710 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
Beliau berkata DPT BLN5/2024 yang diwartakan pada hari ini dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 13 Ogos depan.
"SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN5/2024 seperti Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my selain portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
"(Selain itu semakan boleh juga dibuat menerusi) aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Ikmalrudin turut menyeru warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh berkenaan dan mana-mana pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN5/2024.
Beliau berkata sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN5/2024, pemohon boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.
Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, boleh mengisi Borang D menerusi kaedah sama.
"Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan.
"Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN5/2024 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi SPR di talian 03-8892 7218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Daftar pemilih baharu itu turut mengandungi 6,547 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,710 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi. - Bernama

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.
![[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan [KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/41741733462_KakitanganPlazaTol.jpg)
[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan
Setakat Mei tahun lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan SPT.
Serangan Pemisah: Militan serang kereta api di Pakistan, tawan 35 penumpang
Militan pemisah menyerang sebuah kereta api di barat daya Pakistan dan menawan 35 penumpang sebagai tebusan.

Kumpulan militan serang kereta api di Pakistan, tawan 35 penumpang
104 penumpang telah diselamatkan, 17 yang cedera dibawa ke hospital, manakala 16 militan berjaya dibunuh.
Konflik di Gaza: Israel bunuh 4 rakyat Palestin di Gaza
Empat rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Selasa. Serangan ini berlaku ketika para perantara Arab dan Amerika Syarikat berusaha menyelesaikan perbezaan antara Hamas dan Israel mengenai perjanjian gencatan senjata yang dimeterai sejak 19 Januari lalu. Tentera Israel menyatakan bahawa serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.
Rusia-Ukraine: Trump sedia bincang dengan Putin, mahu gencatan senjata dimuktamad
Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa pasukannya dan pegawai Ukraine telah mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata selama 30 hari antara Moscow dan Kyiv. Trump berharap Presiden Rusia, Vladimir Putin, akan bersetuju dengan cadangan ini.

Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.

Tinjauan CNN: Penarafan kelulusan Biden merosot ketika pengundi luahkan ketidakpuasan
Penarafan kelulusan Presiden AS, Joe Biden yang bakal berundur menunjukkan penurunan di seluruh negara.

Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.

Lebih 78 juta orang mengundi awal dalam pilihan raya Presiden AS - Makmal Pilihan Raya
Pada Sabtu, hampir 70 juta rakyat Amerika telah mengundi awal - 36.5 juta secara bersemuka dan 32.5 juta melalui pos.

Belia Gaza dambakan perubahan pentadbiran menjelang pilihan raya Presiden AS
Kedua-dua calon presiden AS menunjukkan sokongan teguh kepada Israel, memaksa pengundi yang pro-Palestin untuk memilih "lesser of two evils."

PRK Mahkota: Pengundi tunai tanggungjawab esok
Sebanyak 61,397 pengundi layak mengundi di 20 pusat melibatkan 109 saluran yang akan dibuka serentak pada 8 pagi hingga 6 petang.

PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.

39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu
Ia termasuk 6,547 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,710 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

PRK Sungai Bakap: Dalila Diana tunai tanggungjawab walau sedang berpantang
Kesungguhan tenaga pengajar di PDK Puteri Gunung itu jelas dilihat apabila dia begitu teruja walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk ke saluran mengundi.

PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.