LIPIS: Perasaan gembira dan teruja jelas terpancar di wajah 391 penerima Notis 5A Skim Tanah Rakyat (STR) membabitkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah Lipis atas pemberian tanah dari Kerajaan Negeri Pahang.
Seorang penerima dari Kampung Jeram Bungor, DUN Cheka, Mamat Che Haron, 76, berkata, dia menzahirkan rasa bersyukur apabila impian untuk memiliki sebidang tanah kini tercapai.
"Sebelum ni pak cik tak pernah ada tanah, nak beli sendiri tak mampu sebab mahal. Duit pendapatan hasil dari kerja kampung pun hanya lepas untuk beli keperluan harian sahaja.
"Bila dimaklumkan pak cik layak terima STR ini, sudah tentu rasa gembira tak terkata. Saya rancang nak tanam pokok buah, nanti boleh anak cucu makan hasil," katanya.
Penyerahan Notis 5A STR Daerah Lipis membabitkan 391 penerima membabitkan empat kawasan DUN iaitu Jelai, Padang Tengku, Benta dan Cheka telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Lipis di sini pada Sabtu.
Pada majlis tersebut, kerajaan negeri juga menyerahkan pemberimilikan individu melibat tiga kawasan DUN iaitu Jelai, Padang Tengku dan Cheka kepada 59 peserta bagi tujuan pertanian dengan keluasan keseluruhan 73.0942 hektar.
Sempena majlis itu, Wan Rosdy turut menyampaikan bantuan kerajaan negeri kepada pelbagai agensi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di daerah Lipis membabitkan peruntukan bernilai RM90,450.
Seorang lagi penerima Nur Azira Azizan, 32, dari Kampung Kerambit, Dun Cheka berkata, dia berasa syukur dan berterima kasih kepada kepada kerajaan negeri kerana meluluskan permohonan penduduk di daerah ini.
"Saya kira pemberian tanah ini adalah langkah tepat dalam memberi peluang kepada penduduk khususnya golongan belia untuk memiliki aset.
"Pemberian STR ini mampu menarik golongan muda untuk terus menetap di kampung dan mengusahakan pelbagai projek pertanian," katanya.
Norfarhiza Mohd Atar
Sat Sep 17 2022

Sebahagian daripada 391 penerima Notis 5A STR membabitkan empat DUN di daerah Lipis atas pemberian tanah dari Kerajaan Negeri Pahang. - Astro AWANI

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

18 STR dalam wilayah Felda bantu generasi muda miliki rumah - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang bersetuju mengisytiharkan 18 kawasan dalam wilayah Felda di negeri ini sebagai Skim Tanah Rakyat (STR) Generasi Baharu Felda.

STR: Kerajaan Pahang komited bantu rakyat miliki tanah
Inisiatif Kerajaan Pahang menawarkan pemilikan tanah di bawah Skim Tanah Rakyat (STR) adalah bagi memastikan rakyat di negeri ini mempunyai tanah milik sendiri di masa hadapan.

Kerajaan Pahang senarai hitam peserta STR jual tanah
Amalan penerima STR yang menjual tanah adalah sesuatu perkara yang buruk sebagai tidak mengenang jasa kerajaan negeri.

STR bantu selesai isu perumahan generasi kedua Felda - Wan Rosdy
Projek perintis itu jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah di kalangan rakyat.

240 penjawat awam, pesara terima 5 ekar tanah sumbangan Kerajaan Pahang
Skim Tanah Rakyat ini merupakan suatu bentuk pembangunan tanah menggunakan konsep dan pendekatan Rancangan Tanah Kelompok (RTK) untuk membantu memenuhi hasrat rakyat memiliki tanah.