KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang menyasarkan peningkatan pendapatan golongan miskin tegar dan kumpulan B40 telah memberikan manfaat kepada 4,100 isi rumah sehingga kini, Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata IPR merupakan satu daripada langkah intervensi bersifat jangka masa pendek dan sederhana yang dilaksana kerajaan dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini.
"IPR yang dilaksana meliputi penyediaan eksosistem yang lengkap dan bantuan bukan wang yang diberi kepada peserta bagi menyokong dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan tambahan secara mampan.
"Untuk makluman, sehingga kini kira-kira 4,100 isi rumah telah mendapat limpahan manfaat hasil pelaksanaan IPR," katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) berhubung perkembangan semasa berhubung hasrat kerajaan untuk menjadikan 2023 sebagai tahun menoktahkan kemiskinan tegar serta kadar kemiskinan terkini negara.
Dengan peruntukan sebanyak RM750 juta diterima menerusi Belanjawan 2023, IPR menyasarkan membantu kira-kira 130,000 orang rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum untuk keluar dari belenggu kemiskinan.
Ia dilaksanakan menerusi tiga model iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
Sementara itu dalam usaha meningkatkan penyertaan golongan sasar dalam inisiatif IPR, Rafizi berkata semua agensi kerajaan telah diminta mengenal pasti isi rumah berpendapatan rendah bagi diserapkan dalam mana-mana program bersesuaian di bawah IPR menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata selain IPR, iltizam kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar juga dilaksana melalui pelbagai langkah di bawah Belanjawan 2024 termasuk meneruskan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Payung Rahmah dan subsidi kepada pesawah dan pekebun kecil serta projek pembaikan melibatkan infrastruktur luar bandar dan program pembasmian kemiskinan.
"Selain itu, kerajaan juga bersetuju mempertimbang bantuan tunai khas secara bulanan kepada isi rumah yang tidak berkemampuan untuk menjana pendapatan atau pun golongan tidak produktif bagi memastikan mereka terkeluar dari miskin tegar," katanya.
Dalam pada itu mengenai proses pemutihan program eKasih, Rafizi berkata setakat September 2023, lebih kurang 80,000 isi rumah telah dibersihkan dalam senarai eKasih.
Beliau berkata pemutihan yang dijalankan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) itu dilaksana dengan melakukan semak silang secara masa nyata dengan jabatan kerajaan berkaitan selain menggabungkan data semasa di Kementerian Ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023

Rafizi Ramli berkata IPR merupakan satu daripada langkah intervensi bersifat jangka masa pendek dan sederhana yang dilaksana kerajaan dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini.

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.

Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi
Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.

Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.

Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Rafizi jangka cip, GPU buatan Malaysia dapat direalisasikan dalam tempoh lima sehingga 10 tahun
Malaysia dijangka dapat membangunkan cip dan unit pemprosesan grafik (GPU) 'Buatan Malaysia' dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.

Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.

RMK13 laksana intervensi terus hapuskan miskin tegar di 10 daerah - Rafizi
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melaksanakan langkah intervensi terus miskin tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya a