SHAH ALAM: Seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (reskilling) dan melaksanakan latihan semula (upskilling).
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata Forum Ekonomi Dunia 2020 memberi amaran bahawa kecerdasan buatan (AI) boleh menyebabkan berlakunya kemelesetan pasaran pekerjaan berikutan AI sudah digunakan untuk mengautomasikan tugas dalam pelbagai industri termasuk pembuatan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan pelanggan.
"Dalam laporan yang sama turut menyatakan bahawa untuk mengekalkan pekerjaan dalam tempoh dua tahun akan datang, 50 peratus pekerja perlu dilatih semula, dengan kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0, wujud keperluan yang mendesak untuk kita mengubah tenaga kerja negara supaya menjadi tenaga kerja yang lebih mahir untuk kekal relevan.
"Namun, kita bernasib baik kerana pekerjaan yang baru muncul ini ialah pekerjaan yang boleh digabungkan dengan teknologi dan keperluan meningkatkan kemahiran bukan sahaja untuk kemajuan atau perubahan kerjaya, tetapi untuk kekal dalam pekerjaan," katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran dan Apresiasi Industry Driven Talent Acceleration Programme (ID-TAP) 2023 di Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) hari ini.
Berikutan itu, Sivakumar berkata kementeriannya menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mewujudkan ID-TAP yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja dalam negara berdasarkan keperluan industri.
Untuk inisiatif tersebut, Sivakumar berkata sebanyak RM7.2 juta diperuntukkan bagi peserta yang merupakan mereka yang bekerja dan akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan oleh industri seperti mekatronik, kejuruteraan elektrik dan elektronik, analisis data serta teknologi maklumat.
"Sasaran kerjasama ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja berdasarkan keperluan industri dalam memacu ekonomi negara.
"Antara kumpulan bakat yang disasarkan adalah pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja selama lima tahun dan ke bawah bagi meningkatkan kemahiran dan melatih semula para pekerja tersebut mengikut keperluan industri," katanya.
Beliau berkata setakat ini pihaknya telah memberi kelulusan kepada 627 peserta antaranya Kedah sebagai yang tertinggi iaitu 177, Selangor (88) dan Negeri Sembilan (75) yang akan dilatih di bawah program itu.
Sivakumar berkata mereka yang berminat mengikuti program tersebut boleh memohon menerusi industri ataupun syarikat dan pusat pembangunan kemahiran negeri serta perlu melalui beberapa proses di peringkat penyedia latihan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023

V. Sivakumar berkata Forum Ekonomi Dunia 2020 memberi amaran bahawa kecerdasan buatan (AI) boleh menyebabkan berlakunya kemelesetan pasaran pekerjaan. - Gambarfail/ Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

15 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan ditempatkan di kem tentera utara Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.