SEREMBAN:Mahkamah Koroner di sini menetapkan 4 Januari tahun hadapan sebagai tarikh bagi keputusan inkues remaja perempuan Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin.
Perkara itu dimaklumkan peguam S. Sakthyvell yang mewakili keluarga Nora Anne, kepada Bernama di sini hari ini.
“Keputusan dijangka diumumkan pada 10 pagi di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Seremban,” katanya ketika dihubungi.
Pada 10 Disember lepas yang merupakan hari terakhir prosiding inkues, Koroner Maimoonah Aid menetapkan keputusan inkues remaja perempuan itu akan diketahui pada 31 Disember ini atau 4 Januari tahun hadapan.
Prosiding inkues kes kematian remaja perempuan yang dijalankan sejak 24 Ogos hingga 10 Dis lepas itu membabitkan 47 saksi termasuk ibu bapa remaja berkenaan, Meabh Jaseprine Quoirin dan Sebastien Quoirin.
Ia turut disiarkan secara langsung dalam talian melalui portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia dan media sosial rasmi YouTube dan Facebook ‘The Malaysian Judiciary’ serta dikendalikan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Pada prosiding itu, Muhamad Iskandar Ahmad dan Ahmad Sazali Omar mengetuai barisan Timbalan Pendakwa Raya selaku pegawai pengendali inkues bersama tiga yang lain iaitu Nuralis Mat, Nurhafizah Haron dan Nur'atiqah Sapari.
Peguam Sakthyvell pula mengetuai barisan peguam keluarga bersama Louise Azmi dan Lydia Ng Huey Mei manakala The Dusun Resort diwakili peguam Alliff Benjamin Suhaimi dan Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.
Nora Anne, 15, didapati hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah pusat peranginan di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan Kuala Lumpur.
Pada 13 Ogos iaitu 10 hari selepas Nora Anne dilaporkan hilang, mayatnya ditemukan berhampiran sebatang anak sungai di sebuah lurah yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari pusat peranginan yang didiami dia dan keluarganya, susulan operasi pencarian besar-besaran oleh pihak berwajib.
Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja itu, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya, tidak mempunyai unsur jenayah dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan usus yang disebabkan kebuluran serta tekanan berpanjangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 24 2020

Nora Anne, 15, didapati hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah pusat peranginan, kira-kira 60 kilometer di selatan Kuala Lumpur.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Inkues kematian 'Baby Syifa' bermula 22 Sept
Inkues bagi menentukan punca kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri berusia 15 bulan ketika di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Kematian pelajar Nigeria dalam tahanan atas sebab semula jadi - Koroner
Mahkamah Koroner memutuskan kematian Thomas Orhions Ewansiha ketika dalam tahanan di DIBJ pada Julai 2019, adalah atas sebab semula jadi.

Kematian Nora Anne Quoirin disebabkan nahas, tiada siapa terlibat
Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan tiada penglibatan pihak ketiga dalam kematian remaja perempuan Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin.

4 Januari tarikh keputusan inkues Nora Anne - Peguam
Keputusan dijangka diumumkan pada 10 pagi di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Seremban.

Analisis tiga spesimen mayat Nora Anne tidak temui dadah, racun perosak - Ahli kimia
Suhana Ismail, 52, bertugas di Jabatan Kimia Malaysia, turut menjalankan analisis pestisid organofosfat dan pestisid organoklorin terhadap ketiga-tiga spesimen berkenaan.

Kes Adib: PDRM sangkal keluarkan kenyataan bercanggah dengan Mahkamah Koroner
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan memaklumkan tiada fakta yang terpesong, tidak benar dan menyimpang pada sidang media dibuatnya, Jumaat lepas (10 Julai).

Pengurusan kes inkues kematian Nora Anne ditetap 4 Ogos
Pegawai pengendali kes, Mohamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, pihaknya mengenal pasti seramai 589 saksi.

Inkues Adib: Peguam Negara, KPKT akan bincang siapa pengganti saya - Syazlin
Syalin enggan mengulas lanjut berhubung alasan beliau menarik diri dari sesi prosiding.

Inkues Adib: Prosiding tangguh, saksi tidak hadir
Saksi terakhir yang merupakan Bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) itu masih diperlukan.

Inkues Adib: Saya minta maaf, buat kenyataan terlalu emosi - Cik Miera
Jururawat di bilik pembedahan IJN itu menzahirkan permohonan maaf itu kerana terlalu beremosi dan mengikut perasaan berhubung status yang dimuat naik pada 23 Mac lalu sehingga menimbulkan kekecohan.