KUALA LUMPUR: RSN Rayer (PH-Jelutong) hari ini mengemukakan usul di Dewan Rakyat mengenai kecurian empat juta data awam daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Merujuk kepada Perkara 18(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Rayer berkata isu itu merupakan perkara yang berkepentingan orang ramai yang berkehendak ia disegerakan.
"Siasatan awal mendapati bahawa perkara ini disebabkan oleh kerja 'orang dalam' iaitu kakitangan JPN yang telah membocorkan maklumat berkenaan empat juta rakyat Malaysia.
"Ia melibatkan alamat, nombor telefon, butiran peribadi. Bagaimana kebocoran ini berlaku?" soalnya yang mengharapkan supaya usul itu dibahaskan dengan segera.
BACA: JPN terima laporan dakwaan penjualan 4 juta data rakyat Malaysia
BACA: LHDN nafi 4 juta data bocor diperoleh daripada laman rasminya
Bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta supaya Rayer mengemukakan pemberitahuan bersurat kepada Yang di-Pertua untuk dipertimbangkan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din mengesahkan satu kertas siasatan dibuka polis berhubung kejadian kecurian empat juta data awam daripada pangkalan data JPN yang dipercayai dijual di sebuah forum jual beli terkenal.
Jelasnya, laporan itu dibuat oleh Timbalan Pengarah JPN di Balai Presint 7 Putrajaya pada Isnin.
Astro Awani
Tue Sep 28 2021

Menurut Rayer, kebocoran data itu melibatkan alamat, nombor telefon, butiran peribadi selain mempersoal bagaimana kebocoran itu berlaku. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam
DELL menghantar notifikasi kepada pelanggan selepas mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Mac 2024.

Kebocoran data: Cadangan kerajaan boleh diambil tindakan perlu kajian mendalam - Gobind
Cadangan menjadikan kerajaan sebagai entiti yang boleh diambil tindakan di mahkamah sekiranya berlaku kebocoran maklumat peribadi memerlukan kajian impak perundangan secara mendalam.

Maxis lancar siasatan dakwaan pelanggaran keselamatan siber
Maxis Bhd hari ini memulakan siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan berlakunya pelanggaran keselamatan siber terhadap sistemnya.

Tular maklumat sulit peserta maraton didakwa bocor
Tular dakwaan data dan maklumat sulit peserta maraton tersebar di internet.

Penggodam jual data milik agensi kerajaan Malaysia di 'darkweb' diberkas
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menggodam dan menjual data milik agensi kerajaan di laman sesawang 'darkweb' pada 25 Disember lalu.

Laman sesawang digodam, Perkeso jamin khidmat tidak terjejas
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang agensi itu yang diserang penggodam sejak Sabtu lepas, tidak akan merencatkan khidmat mereka.

MCMC ada SOP siasatan, pastikan tiada kebocoran data - Teo
Sejak 2019 hingga tahun ini, MCMC telah mengambil sejumlah 220 tablet, komputer riba dan telefon bimbit untuk tujuan siasatan.

JPDP siasat kebocoran data pemohon UiTM
JPDP siasat kebocoran data pemohon UiTM

Isu kebocoran data: Khaled minta UiTM ambil tindakan susulan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) diminta mengambil tindakan susulan dalam mengatasi isu kebocoran data pemohon universiti itu seperti yang berlaku baru-baru ini.