KUALA LUMPUR: Empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah meletak jawatan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada awal bulan Oktober 2022 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sehubungan itu mereka tidak terkesan dengan Akta Anti-Lompat Parti yang dikuatkuasakan pada 5 Oktober lalu.
“Saya ingin membuat penjelasan mengenai empat Ahli Parlimen GRS yang tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.
“Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, keempat-empat ahli Parlimen Bersatu ini sudah meletak jawatan dalam parti pada awal Oktober iaitu sebelum PRU15.
“Jika itu situasinya, saya bersetuju dengan Peguam Perlembagaan, Datuk Tengku Fuad Tengku Ahmad yang mana Akta Anti-Lompat Parti tidak terkesan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
BACA: Empat MP Sabah perlu kosongkan kerusi, jika peletakan jawatan diterima parti - Wan Junaidi
BACA: Keluar parti: Empat ahli Parlimen tidak terkesan dengan Akta Anti-Lompat Parti - Masidi
Wan Junaidi menambah, kerjasama politik GRS dan Bersatu berakhir awal bulan Oktober tahun ini sebelum PRU diadakan.
Oleh yang demikian katanya, mereka tidak melanggar Akta Anti-Lompat Parti.
Sebelum ini, Wan Junaidi berkata, empat Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket GRS pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.
Beliau yang merupakan menteri bertanggungjawab menggubal Akta Antilompat Parti yang dilulus di Dewan Rakyat dan dikuatkuasakan Oktober 2022 berkata, sehubungan itu pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan susulan pengosongan kerusi tersebut.
Astro Awani
Mon Dec 12 2022
Empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah meletak jawatan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada awal bulan Oktober 2022 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
4 MP GRS tidak langgar Akta Antilompat Parti, sudah tinggalkan Bersatu Oktober lalu - Wan Junaidi
Empat ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah meletak jawatan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada awal bulan Oktober 2022 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Empat MP Sabah perlu kosongkan kerusi, jika peletakan jawatan diterima parti - Wan Junaidi
Empat bekas Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas tiket GRS pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.
Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah
Presiden PGRS, Stephen Jimbangan ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan belum ada rundingan rasmi bersama bekas pemimpin Bersatu.
Bersatu Sabah belum 'lumpuh', Ronald Kiandee masih pemimpin parti
Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee menjelaskan kekal bersama Bersatu di Sabah walaupun kepimpinan negeri itu bertindak keluar parti hari ini.
Hajiji dan kepimpinan Bersatu Sabah tinggalkan Bersatu, akan tubuh parti tempatan baharu
Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah mengumumkan meninggalkan parti itu hari ini.
PRU15: Jika calon Bersatu Sabah menang, sumbang kepada PN - Muhyiddin
Setiap calon Bersatu yang bertanding atas tiket GRS akan memberi sumbangan kepada Perikatan Nasional untuk menentukan beberapa kerusi di peringkat Dewan Rakyat.
Bersatu Sabah pertahan enam kerusi Parlimen dimenangi pada PRU lalu - Ketua Srikandi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan mempertahan enam kerusi parlimen yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.
'Ahli parti bebas datang dan pergi' - Komen Masidi tentang tindakan Mohamaddin
Masidi menyifatkan tindakan Mohamaddin adalah perkara biasa kerana ahli (parti) bebas datang dan pergi.