Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu lain sebagai saksi dalam kes itu.
"Siasatan kes berkenaan masih dijalankan pegawai penyiasat biarpun beberapa penahanan sudah dilakukan SPRM setakat ini.
"Saksi-saksi ini akan dipanggil tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas siapa saksi kenamaan yang akan dipanggil dalam siasatan berkenaan.
Ditanya mengenai sejumlah rampasan wang tunai yang dilakukan oleh pegawai SPRM seperti yang didakwa di media sosial sejak beberapa hari lalu, Azam turut enggan mengulas mengenai perkara itu.
Pada Ahad, media melaporkan menahan empat bekas pegawai berkenaan.
Menurut sumber, tiga individu direman lima hari bermula Jumaat manakala seorang lagi direman tiga hari sebelum dibebaskan pada Ahad.
Azam dilaporkan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009. -- Sinar Harian
