KUALA LUMPUR: Empat perenang para negara berjaya menempah tiket awal ke Sukan Paralimpik Paris 2024, yang dijadual berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept tahun depan.
Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata mereka yang berjaya menempah slot ke acara sukan berprestij itu ialah Zy Kher Lee, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, Brenda Anellia Larry dan Imaan Aiman.
"Kelayakan pada kali ini agak sengit, jadi ia akan menjadi taruhan yang sukar untuk atlet kita layak beraksi di Paralimpik Paris. Saya berharap atlet kita tidak menunggu sehingga minit-minit terakhir untuk mencapai had kelayakan," katanya selepas perasmian Manic Ride Studio di sini hari ini.
Beliau berkata persiapan MPM dan atlet ke Sukan Para ASEAN ke-12 (APG) di Kemboja yang dijadual berlangsung dari 3 hingga 9 Jun ini berjalan lancar sejak enam bulan lepas serta yakin skuad negara dapat meraih lebih banyak pingat berbanding edisi lepas di Solo, Indonesia.
"Kita mempunyai masa depan yang cerah kerana memiliki pelapis baharu dan pembangunan bakat yang dapat dibanggakan. Saya percaya akan wujud bintang baharu yang bakal dicipta di APG bahkan di Sukan Paralimpik Paris 2024," katanya.
Megat D. Shahriman juga berkata Jawatankuasa Pengelola Tempatan Kemboja telah memberi jaminan bahawa 140 atlet paralimpik negara bakal ditempatkan di hotel yang sama sepanjang temasya dwitahunan itu berlangsung.
Kontinjen negara dijangka berlepas ke Phnom Penh bermula 28 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Megat D. Shahriman berkata mereka yang berjaya menempah slot ke acara sukan berprestij itu ialah Zy Kher Lee, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, Brenda Anellia Larry dan Imaan Aiman. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Mohamad Yusof Hafizi ungguli ranking dunia berbasikal trek para
Ia berdasarkan kiraan mata dilakukan selepas temasya Paralimpik 2024 Paris, baru-baru ini.

Penganjur gembira capai jumlah jualan tiket yang besar untuk Sukan Olimpik Paris
Sukan Olimpik Paris menyaksikan satu rekod jualan sebanyak 9.56 juta tiket dan Sukan Paralimpik mencapai jualan tiket sebanyak 2.58 juta.

Liek Hou mahu bantu bekas atlet kurang bernasib baik
Liek Hou mempunyai satu lagi perancangan untuk membelanjakan insentif kemenangan RM1 juta daripada SHAKAM yang bakal diterimanya susulan kejayaan meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.

MSN kesal kenyataan melulu Presiden MPM
Beliau berkata atlet negara mesti diberikan sokongan pada setiap masa tanpa menghiraukan keputusan sama ada mereka menang atau kalah.

Suasana meriah raikan kepulangan wira wirawati Paralimpik Paris 2024
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-42 secara keseluruhan apabila meraih dua emas, dua perak dan satu gangsa.

Sukan Paralimpik 2024 labuh tirai dalam suasana fiesta Paris
Stadium Stade de France yang penuh sesak dengan penonton, atlet dan para kenamaan menjadi tumpuan majlis penutup yang memukau.

Paralimpik Paris 2024: Angkatan Bonnie harapan emas kedua Malaysia
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin akan beraksi dalam kategori 72kg lelaki di Porte de La Chapelle Arena hari ini.

Nur Syaiful tak sabar lepas rindu pada cahaya mata sulung
Nur Syaiful memendam rindu kepada cahaya mata sulungnya yang baru berusia tiga bulan.

Paralimpik Paris 2024: Nur Syaiful perbaiki prestasi, akhiri di tempat ketujuh
Nur Syaiful menamatkan acara terakhirnya di Paris La Defense Arena dengan catatan masa 34.34 saat (s).

Paralimpik Paris 2024: S. Suresh tampil beri penjelasan tidak guna teknologi ISN
Suresh menjelaskan, ISN sebenarnya menyediakan grip baru tetapi dia memilih untuk tidak menggunakannya.