IPOH: Empat individu yang maut dalam nahas tujuh kenderaan di di Kilometer (KM) 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini, pada petang Rabu, dikenal pasti sepasang suami isteri bersama dua anak perempuan.
Mereka adalah Rahim Ramli, 60, yang merupakan pesara polis; isterinya Siti Petimah Omar, 59; serta dua anak perempuan, Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.
Difahamkan, ketika kejadian sekitar jam 3 petang itu, semua mereka yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur.
Anak saudara kepada Siti Petimah, Zuraiti Ismail, 43, berkata mereka dalam perjalanan untuk menghantar Nor Nadirah yang baru mendapat kerja di ibu negara.
BACA: Empat maut dalam kemalangan tujuh kenderaan
Menurutnya, keluarga berkenaan bertolak awal pada sebelah pagi dan kali terakhir dapat dihubungi sekitar jam 12 tengah hari ketika mereka berada berhampiran Alor Pongsu.
Zuraiti berkata beliau tidak menyangka kejadian nahas di Ipoh yang dilaporkan di media pada lewat petang Rabu itu melibatkan ahli keluarganya.
"Saya last berhubung dengan mak su itu rasa pukul 12 macam itu. Bila call dia, dia cakap ada dekat Alor Pongsu. Selalunya kami kalau balik, dia akan cakap kat sayalah, ‘hati-hati bawa kereta’.
"Tapi hari ini memang tak bagi pesanan pun, untuk dia nak balik. Kami kat belakang (menyusul) lepas Zohor kami keluar dari Pulau Pinang. Sampai dekat Bukit Gantang, saya call mereka, tapi semua tak jawab dah.
"Empat-empat orang itu, handset semua tak jawab. Dalam pukul 4 lebih, 5 macam itu kot, dapat berita daripada mak cik di Melaka kata mereka kemalangan, semua meninggal," katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, Rabu malam.
Dalam pada itu, dua lagi anak mangsa telah hadir bagi proses pengecaman dan tuntutan jenazah.
Kesemua jenazah empat beranak itu dibawa keluar kira-kira pukul 11.20 malam selepas bedah siasat selesai dan akan dikebumikan di Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Kejadian di KM 277.1 PLUS itu membabitkan enam kereta dan sebuah treler.
Susulan kemalangan itu, empat mangsa dilaporkan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan semua disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Amirrul Rabbani
Wed Jul 13 2022

Keempat-empat mangsa dilaporkan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan semua disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ JBPM
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Empat beranak maut kemalangan: Pemandu treler ditahan
Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan untuk siasatan atas kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu.

Anak bongsu hilang kata-kata, empat ahli keluarga pergi sekali gus
Kali terakhir Mohamad Hazman bertemu keluarganya itu pada Selasa sebelum dia pulang ke Perlis untuk menjalani latihan Industri.

4 sekeluarga maut dalam perjalanan hantar anak baru dapat kerja
Ketika kejadian sekitar jam 3 petang itu, semua mereka yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur.