GEDONG (Sarawak): Kerajaan kini dalam fasa akhir rundingan bersama empat syarikat multinasional untuk membangunkan fasiliti perkhidmatan berasaskan awan dan pusat data di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata Kementerian Kewangan memaklumkan satu rundingan sudah selesai, manakala tiga lagi hampir selesai untuk membolehkan syarikat antarabangsa terbabit membuat pelaburan yang lebih besar.
"Satu daripada syarikat ini memaklumkan kepada saya pelaburan mereka bernilai lebih RM1 bilion untuk pengkomputeran awan dan perkhidmatan awan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) dan melancarkan perkhidmatan unifi, Internet jalur lebar berkelajuan tinggi di Gedong hari ini.
Gedong terletak kira-kira 90 minit perjalanan darat dari Kuching.
Dalam pada itu, Annuar berkata sekurang-kurangnya tiga syarikat tempatan dan antarabangsa merancang untuk membangunkan perkhidmatan jalur lebar di Sarawak.
"Mereka telah bertemu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menyatakan perancangan mereka membuat satu lagi kabel antara benua, kabel dasar laut yang akan melalui kawasan utara Sarawak menerusi pesisir pantai di Laut China Selatan," katanya.
Jelas beliau, perancangan itu telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.
"Sekiranya projek ini direalisasikan, Sarawak akan menjadi tempat pendaratan yang penting kepada negara," menurut Annuar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021

Annuar berkata sekurang-kurangnya tiga syarikat tempatan dan antarabangsa merancang untuk membangunkan perkhidmatan jalur lebar di Sarawak. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

4 syarikat multinasional dalam rundingan akhir bangunkan fasiliti perkhidmatan awan, pusat data - Annuar
Kerajaan kini dalam fasa akhir rundingan bersama empat syarikat multinasional untuk membangunkan fasiliti perkhidmatan berasaskan awan dan pusat data di negara ini.

Strategi Pengkomputeran Awan sebahagian agenda nasional - PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata strategi itu merupakan inisiatif khusus buat belia, golongan B40 dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) termasuk usahawan digital.