KARACHI (Pakistan): Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam satu letupan bom di Pakistan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu memetik polis dan media tempatan.
Letupan berlaku di pasar yang sibuk di daerah terpencil Barkhan di wilayah Balochistan.
Menurut polis, bom itu dimuatkan dalam sebuah motosikal yang diletakkan di luar sebuah salun di pasar dan mereka yang cedera kini dalam keadaan kritikal.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu setakat ini namun pemisah etnik Baloch dan Tehreek-e-Taliban Pakistan, sebuah konglomerat beberapa kumpulan militan di Pakistan telah lama menyasarkan pasukan keselamatan di seluruh wilayah itu
Wilayah Balochistan yang terletak berhampiran negara jiran, Iran dan Afghanistan merupakan kawasan yang penting dan strategik kerana kaya dengan rizab tembaga, zink dan gas.
Selain itu, wilayah Balochistan juga menjadi laluan utama projek mega Koridor Ekonomi Pakistan-China (PCEC) bernilai AS$64 bilion yang menghubungkan wilayah barat laut Xinxiang ke pelabuhan Gwadar di Balochistan melalui rangkaian jalan raya, kereta api dan saluran paip untuk kargo, pengangkutan minyak dan gas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam satu letupan bom di Pakistan pada Ahad. - Gambar hiasan
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

4 terbunuh, 20 cedera dalam letupan bom di Pakistan
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam satu letupan bom di Pakistan pada Ahad.