Sebanyak 40,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di 191 bahagian UMNO di seluruh negara akan menerima bantuan persekolahan berupa beg sekolah, set alat tulis dan botol air minuman di bawah program Bantuan Sekolah Transformasi Bumiputera 2016 (Best 2016).
Bantuan berkenaan yang melibatkan kos keseluruhan RM2 juta dan dibiayai oleh Yayasan Pelajaran Mara (YPM) akan mula diagihkan oleh pemimpin Pemuda dan Puteri UMNO di peringkat bahagian mulai Isnin.
Majlis perasmian program Best 2016 disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO di sini, Ahad.
Selain YPM, program bantuan berkenaan turut melibatkan Biro Pendidikan Pemuda UMNO, Biro Pendidikan Puteri UMNO dan Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian tersebut, Ismail Sabri berkata ini merupakan tahun kedua penganjuran program berkenaan.
Jika ada peruntukan pada masa akan datang program Best boleh dijadikan acara tahunan bagi membantu pelajar yang memerlukan, jelas beliau.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Ketua Puteri UMNO Bahagian sudah pun mengenal pasti golongan sasaran yang akan menerima bantuan melalui program ini, katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga sayap pergerakan UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri digalakkan menjalankan program secara bersama kerana pendekatan itu lebih menjimatkan kos selain meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan anggota parti.
"Antara program yang boleh diberikan tumpuan ialah program pembangunan usahawan yang melibatkan anggota Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO," katanya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO Mohd Rafiq Naizamohideen ketika mengulas isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee berkata, Biro Pendidikan Pemuda dan Puteri UMNO mahukan Kementerian Pendidikan menjalankan kajian mengenai isu perkauman yang sering dilaporkan berlaku di SJKC.
"Isu perkauman di SJKC bukanlah perkara baharu. Oleh itu Kementerian Pendidikan disaran membuat kajian berhubung perkara ini supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil dan tumpuan boleh diberikan kepada sekolah-sekolah yang menggalakkan perpaduan.
"Kajian dan langkah sewajarnya adalah penting supaya pendidikan menjadi ejen perpaduan terutamanya dalam kalangan generasi muda," katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan seorang guru Melayu di SJKC Pai Chee di Mersing, Johor mendakwa diserang oleh bapa kepada muridnya di bilik guru. Guru berkenaan turut mendakwa laporan berhubung insiden berkenaan yang beliau buat kepada pihak pengurusan sekolah tidak diberikan perhatian.
Laporan media turut menyebut Jabatan Pendidikan Negeri Johor menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan tersebut.
Bernama
Sun Jan 17 2016

Bantuan berkenaan yang melibatkan kos keseluruhan RM2 juta dan dibiayai oleh Yayasan Pelajaran Mara (YPM) akan mula diagihkan oleh pemimpin Pemuda dan Puteri UMNO di peringkat bahagian mulai Isnin. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.

Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.