KUALA LUMPUR: Sebanyak 40,729 jawatan telah diluluskan tahun ini untuk pengisian di kementerian, jabatan dan agensi, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Beliau dalam kenyataan Isnin malam, berkata tumpuan keperluan pengisian jawatan itu adalah bagi pengoperasian fasiliti yang telah siap dan skim perkhidmatan kritikal di sektor kesihatan, keselamatan, pendidikan dan penguatkuasaan.
"JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) sentiasa komited terhadap keperluan pengisian jawatan bagi semua kementerian, jabatan dan agensi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Keluarga Malaysia pada tahap optimum dan terbaik apatah lagi ketika negara sedang berada di fasa peralihan endemik dan pemulihan negara.
"Semua kementerian, jabatan dan agensi hendaklah mengikut kelayakan dan peraturan sedia ada bagi pengisian jawatan yang telah diluluskan," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Mohd Shafiq berkata penetapan etika berpakaian kepada pelanggan yang hadir berurusan di jabatan kerajaan adalah bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan bersama selain selaras dengan prinsip Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
"Penetapan etika berpakaian ini juga turut dipraktikkan di jabatan kerajaan di Jepun, United Kingdom dan Australia serta negara-negara ASEAN seperti Filipina dan Thailand.
"Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam kepada Keluarga Malaysia sentiasa relevan, Jabatan Perkhidmatan Awam melalui ketua-ketua jabatan terus memperkukuhk program-program latihan kepada petugas kaunter di barisan hadapan dan menyebarluas kefahaman sedia ada mengenai etika berpakaian pelanggan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kepada laporan berita baru-baru ini berkaitan etika berpakaian kepada pelanggan hadir berurusan di jabatan kerajaan yang telah menyebabkan ketidakselesaan kepada segelintir pelanggan.
Mohd Shafiq berkata selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan platform digital dalam urusan perkhidmatan awam, Keluarga Malaysia digalakkan berurusan secara dalam talian melalui aplikasi atau portal yang telah disediakan dan ia secara tidak langsung dapat mempercepat akses terhadap perkhidmatan selain mengurangkan kerenah birokrasi.
Beliau berkata sehingga kini, terdapat 389 platform perkhidmatan secara dalam talian yang telah dibangunkan.
"Keluarga Malaysia boleh mencapai perkhidmatan secara menyeluruh (end-to-end services) melalui portal MyGovernment dan satu Gerbang Rasmi Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (GOS Gateway)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Mohd Shafiq berkata, Keluarga Malaysia digalakkan berurusan secara dalam talian melalui aplikasi atau portal yang telah disediakan. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.

Hanya 0.13 peratus tidak tandatangan SSPA - KPPA
Wan Ahmad Dahlan berkata jumlah itu sangat kecil kerana ia hanya melibatkan 1,400 penjawat awam yang tidak memilih SSPA.

Lupus polisi, pekeliling lapuk selaras Aspirasi H.E.M.A.T - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam terus memperkukuh reformasi perkhidmatan serta kesediaan melakukan perubahan termasuk melupuskan polisi dan pekeliling lapuk.

Keputusan kelulusan cuti bersalin 60 hari tidak langgar peraturan - KPPA
Keputusan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat memberikan kelulusan cuti bersalin sebanyak 60 hari kepada pegawai perubatan PKD, adalah tidak melanggar peraturan cuti bersalin yang ditetapkan.

Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki
SPRM akan adakan perbincangan dengan JPA dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah oleh ketua jabatan.

Penjawat awam perlu pikul amanah, kepercayaan berdasarkan nilai H.E.M.A.T - KPPA
Penjawat awam perlu memikul amanah dan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan berdasarkan nilai-nilai Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran (H.E.M.A.T).

Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 dibayar Jumaat ini - KPPA
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat ini.

Cadangan wujudkan semula Tribunal Penjawat Awam, perlu dibincang dengan KPPA dan KSN - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata sebarang perkara berkaitan perkhidmatan awam perlu dirujuk kepada kedua-dua pihak itu untuk diteliti.

Penjawat awam diseru pegang nilai H.E.M.A.T sebagai panduan mantapkan perkhidmatan - KPPA
Wan Ahmad Dahlan berkata H.E.M.A.T ialah cara penjawat awam menjalankan tugas dengan pengamatan dan penelitian secara mendalam.