BALING: Seramai 40 individu termasuk 35 warga asing yang ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini.
Semua mereka dituduh memasuki kawasan hutan tertutup iaitu Kompartment 12, Hutan Simpan Bukit Enggang tanpa memiliki permit memasuki hutan simpanan kekal antara jam 9 malam, 31 Januari lalu hingga jam 3 pagi, 1 Feb lalu.
Mereka didakwa mengikut Subseksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) yang diterima pakai negeri Kedah di bawah Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 47 (4) Enakmen yang sama.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh terdiri daripada dua lelaki warga tempatan Poh Chu Yuan, 21, dan Ho Chung Meng, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.
Tiga lagi warga tempatan termasuk seorang wanita, Wong Siew Lin, 58; Tai Chan Weng, 56; dan Wong Hing Nam, 59, juga tidak direkodkan sebarang pertuduhan kerana tidak memahami bahasa Melayu.
Sementara itu, tiada pengakuan juga direkodkan daripada 31 lelaki warga Myanmar, dua lelaki (China) dan dua lelaki (Nepal) yang berusia antara 18 hingga 50 tahun berikutan tidak memahami Bahasa Melayu dan memerlukan jurubahasa.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan lima warga Malaysia termasuk seorang wanita itu diikat jamin masing-masing RM5,000 dengan seorang penjamin.
Dua lelaki warga China pula dibenarkan ikat jamin masing-masing RM7,000 dengan dua penjamin warga Malaysia serta perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 11 Jun depan untuk sebutan semula kes dan lantikan jurubahasa.
Seramai 31 warga Myanmar dan dua warga Nepal itu pula tidak ditawarkan sebarang jaminan kerana sedang menjalani hukuman penjara di bawah Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Wan Hazlin Suraya Wan Sharif, Noor Husnita Mohd Radzi dan Naliatul Huzaimi Ab Rasip manakala lima warga Malaysia dan dua warga China itu diwakili Peguam, Lee Keng Fatt.
Pada Februari lalu, media melaporkan seramai 52 lelaki ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) selepas disyaki melakukan aktiviti penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram dalam Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.
Dalam operasi itu JPNK turut menyita peralatan dan mesin yang digunakan untuk aktiviti terbabit.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Apr 13 2023

Semua mereka dituduh memasuki kawasan hutan tertutup iaitu Kompartment 12, Hutan Simpan Bukit Enggang tanpa memiliki permit. - Gambar/ Astro AWANI
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

40 disyaki teroka unsur nadir bumi secara haram di Kedah dihadap ke mahkamah
Seramai 40 individu termasuk 35 warga asing yang ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, dihadapkan ke mahkamah.