KUCHING:Sejumlah 433 daripada 1,200 sekolah daif di seluruh Sarawak telah dibaik pulih menerusi peruntukan kerajaan negeri dan Persekutuan.
Menurut Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Dr Annuar Rapa'ee, bakinya 587 buah sekolah sedang diusahakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini susulan hubungan baik antara kedua-dua kerajaan.
"Bajet yang telah diperuntukkan setakat ini untuk membaik pulih sekolah daif di Sarawak ialah RM1.855. Daripada jumlah itu, RM1 bilion adalah bayaran pendahuluan kontra kerajaan Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan; RM517 juta adalah peruntukan Kerajaan Persekutuan serta RM338 juta adalah peruntukan kerajaan negeri," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan kedua daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad yang bertanyakan status terkini usaha membaik pulih sekolah daif di Sarawak dan berapakah jumlah bagi kerja-kerja membaik pulih serta membina baharu sekolah daif itu.
Dr Annuar yang juga ADUN Nangka menjelaskan, tindakan kerajaan negeri yang membuat pembayaran pendahuluan kontra baik pulih sekolah daif membolehkan usaha menambah baik serta membaik pulih sekolah berkenaan dapat dilakukan.
"Pada tahun 2017, Kerajaan Persekutuan bersetuju membantu membaik pulih sekolah daif dan melulukan bajet RM1 bilion masing-masing RM500 juta untuk tahun 2018 dan RM500 (2019).
"Bagi peruntukan tahun 2018 iaitu RM500 juta sejumlah RM417 sudah dibelanjakan. Bagi 2019 hanya RM100 juta sahaja peruntukan yang diberikan walaupun Kerajaan Persekutuan terdahulu sudah meluluskan peruntukan RM500 juta untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak
Sementara itu, menjawab soalan asal Safiee yang ingin tahu berapa buah sekolah di DUN Daro yang akan dibaik pulih di bawah peruntukan sekolah daif dan bila ianya akan dilaksanakan Annuar berkata, sejak 2018 sejumlah empat buah sekolah telah dibaik pulih di DUN tersebut dengan kos RM10 juta.
Kata Annuar, sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Daro; SK Kampung Pangtray; SK Nangar dan SK Kampung Penasu.
"Di bawah fasa kedua pembayaran RM1 bilion kontra, salah sebuah sekolah daif di DUN Daro iaitu SK Tebaang akan terlibat dalam projek baik pulih," katanya.
Astro Awani
Thu Nov 12 2020
![433 sekolah daif di Sarawak sudah dibaik pulih, 587 dalam proses 433 sekolah daif di Sarawak sudah dibaik pulih, 587 dalam proses](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605156791_Sekolahdaif.jpg)
Dr Annuar Rapa'ee berkata, bakinya 587 buah sekolah sedang diusahakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini susulan hubungan baik antara kedua-dua kerajaan. - Gambar fail Bernama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
MOF menjangkakan peruntukan itu akan dibelanjakan sepenuhnya tahun ini untuk melengkapkan kemudahan asas di kampung terbabit.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![DUN Sarawak: 455 sekolah daif kategori kritikal dikenal pasti sehingga April 2022 DUN Sarawak: 455 sekolah daif kategori kritikal dikenal pasti sehingga April 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653276798_DUNSarawakAnnuar.jpg)
DUN Sarawak: 455 sekolah daif kategori kritikal dikenal pasti sehingga April 2022
455 buah sekolah menengah dan rendah di Sarawak dikenal pasti sebagai sekolah daif dan berada dalam kategori kritikal sehingga April 2022.
![DUN Sarawak: Lima sekolah daif di DUN Tamin dalam pembinaan - Dr Annuar DUN Sarawak: Lima sekolah daif di DUN Tamin dalam pembinaan - Dr Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652845051_DewanUndanganNeger.jpg)
DUN Sarawak: Lima sekolah daif di DUN Tamin dalam pembinaan - Dr Annuar
kesemua pembinaan sekolah daif itu dilaksanakan di bawah skim bayaran pendahuluan RM1 bilion antara kerajaan negeri dan Persekutuan sebelum ini.
![Lebih 1,000 sekolah daif di Sarawak akan dinaik taraf - PM Lebih 1,000 sekolah daif di Sarawak akan dinaik taraf - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638626294_MajlisMakanMalam.jpg)
Lebih 1,000 sekolah daif di Sarawak akan dinaik taraf - PM
Kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 1,022 sekolah daif di seluruh Sarawak untuk dinaik taraf dan dibaik pulih.
![186 projek naik taraf, pembangunan semula sekolah di Sarawak diluluskan sejak 2019 186 projek naik taraf, pembangunan semula sekolah di Sarawak diluluskan sejak 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597699188_TBKIMANISMOHAMADAL.jpg)
186 projek naik taraf, pembangunan semula sekolah di Sarawak diluluskan sejak 2019
Kesemua projek tersebut melibatkan kos berjumlah RM1.579 bilion.
![433 sekolah daif di Sarawak sudah dibaik pulih, 587 dalam proses 433 sekolah daif di Sarawak sudah dibaik pulih, 587 dalam proses](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605156791_Sekolahdaif.jpg)
433 sekolah daif di Sarawak sudah dibaik pulih, 587 dalam proses
Sejumlah 433 daripada 1,200 sekolah daif di seluruh Sarawak telah dibaik pulih menerusi peruntukan kerajaan negeri dan Persekutuan.
![Sekolah daif Sarawak: Kebenaran mula kerja sudah diserahkan lebih awal Sekolah daif Sarawak: Kebenaran mula kerja sudah diserahkan lebih awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566820365_AbangJohari.jpg)
Sekolah daif Sarawak: Kebenaran mula kerja sudah diserahkan lebih awal
Kementerian Kewangan sudahpun menyerahkan kebenaran memulakan kerja awalan untuk projek baik pulih sekolah daif Sarawak sejak 5 Ogos lagi.