BENTONG: Seramai 44,379 pelajar anak Pahang menerima bantuan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Yayasan Pahang sempena sesi persekolahan 2023 yang akan bermula 20 Mac ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Yayasan Pahang memperuntukkan RM20.2 juta bagi tujuan berkenaan.
Menurutnya, penerima Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) bermula sejak tahun 2002 akan menerima RM300 setahun manakala Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) yang bermula tahun 1963 menerima RM600 setahun yang dibayar secara dua fasa.
"Pada tahun ini seramai 21,204 murid bermula dari tahun 4 hingga tahun 6 bagi sekolah rendah telah menerima bayaran biasiswa yang dibayar melalui sekolah masing-masing dengan setiap murid menerima RM300.
"Selain itu, bagi pemberian Biasiswa Pahang Sekolah Menengah, seramai 23,175 orang pelajar bermula dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 6 telah menenerima bayaran biasiswa dan boleh didapati dalam akaun simpanan masing-masing dengan setiap murid menerima RM300. Manakala fasa ke-2 pula akan dibayar pada bulan Ogos nanti juga sebanyak RM300," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Penyerahan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) Tajaan Yayasan Pahang Sesi Persekolahan Tahun 2023 di Majlis Perbandaran Bentong.
Sehingga kini, seramai 334,947 murid Sekolah Rendah dan Menengah telah menerima manfaat Biasiswa Pahang sejak ia mula diperkenalkan dengan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM463.7 juta.
"Saya berharap dengan pemberian Biasiswa Pahang ini ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam persediaan anak-anak mereka untuk ke sesi persekolahan baharu serta tidak tercicir untuk mendapat pendidikan yang sempurna kerana kedaifan ekonomi keluarga," ujarnya lagi.
Azee Shafy
Wed Mar 08 2023
Wan Rosdy (tengah)menghadiri Majlis Penyerahan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) Tajaan Yayasan Pahang Sesi Persekolahan Tahun 2023 di Majlis Perbandaran Bentong. - Foto Astro AWANI
Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.
KPDN Serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman dalam satu sidang media pada Isnin berkata turut ditahan dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan yang juga pengurus di kedua-dua premis hiburan berkenaan bagi membantu siasatan.
Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kemalangan pada 12 tengah hari itu berlaku apabila Toyota Wish putih yang dipandu suspek pertama berusia 67 tahun berlanggar dengan sebuah motosikal dinaiki dua remaja berusia 16 tahun yang mengalami kecederaan parah.
Perbincangan kabel dasar laut Sarawak-Singapura dimuktamad tidak lama lagi
Ketika ini, kita masih berbincang mengenai kaedah pembinaan kabel ini. Saya menjangkakan perbincangan ini akan selesai dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan termeterainya perjanjian antara Malaysia dan Singapura.
Karumbu Kavadi dan Doa yang Tertunai
Setiap langkah mendaki 272 anak tangga menuju ke Kuil Sri Subramaniar Swamy bukanlah satu perjalanan biasa.
Bagi R Gowwri dan suaminya, M Teneshkumar, ia adalah tanda kesyukuran tertinggi dan bukti pasangan itu yang hampir kehilangan anak ketiga mereka sewaktu dalam kandungan.
Bagi R Gowwri dan suaminya, M Teneshkumar, ia adalah tanda kesyukuran tertinggi dan bukti pasangan itu yang hampir kehilangan anak ketiga mereka sewaktu dalam kandungan.
MBPJ terus taja Wai Ching, promosi Petaling Jaya di pentas dunia
Tajaan RM75,000 membolehkan Wai Ching teruskan penyertaan di peringkat antarabangsa dan capai misi merampas semula ranking nombor satu dunia.
Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang disambut penganut beragama Hindu hari ini.
Hamas tangguh pembebasan tebusan, tentera Israel diarah ‘bersiap sedia’
Penangguhan ini "sebagai amaran" kepada Israel dan bertujuan memberi tekanan agar "mematuhi sepenuhnya" terma perjanjian gencatan senjata.
Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia
Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia dengan meraih kedudukan baharu di tangga ke-472.
Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.
44,379 anak Pahang terima Biasiswa Yayasan Pahang
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Yayasan Pahang memperuntukkan RM20.2 juta bagi tujuan berkenaan.