Seramai 44,941 pelawat asing telah dikenakan arahan Notis Penolakan Masuk (NTL) dari 1 Jan hingga 31 Okt tahun ini, kerana tidak memenuhi syarat kemasukan, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Daripada jumlah itu, seramai 20,676 orang adalah pelawat asing dari Indonesia, 6,398 dari India, 4,793 dari China, 3,155 dari Bangladesh, 2,445 dari Myanmar dan selebihnya dari negara lain, katanya.
Ketika gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ogos lepas, Khairul Dzaimee berkata seramai 365 pelawat asing telah dikenakan arahan NTL kerana tidak memenuhi syarat-syarat kemasukan.
"Semasa gangguan sistem di KLIA, JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) telah mengambil segala langkah kawalan yang ketat, sepanjang tempoh gangguan tersebut bagi memastikan kawalan pintu masuk negara tidak dibolosi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Khairul Dzaimee berkata JIM tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan dan kedaulatan pintu masuk negara dimana tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pelawat asing yang meragukan, atau tidak memenuhi syarat kemasukan di pintu masuk negara.
Beliau berkata pelawat asing yang mempunyai visa ataupun dokumen yang lengkap, tetap akan disemak secara mendalam dan tepat oleh pegawai imigresen, sebelum dibenarkan memasuki negara ini.
Semua pelawat asing perlu mematuhi peraturan dan memenuhi syarat kemasukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan imigresen, dan jika tidak dipatuhi akan dikenakan arahan NTL, katanya.
Ia adalah mempunyai tiket pulang, tempahan penginapan, pasport yang sah dan belum tamat tempoh, tidak berada dalam senarai hitam, bukti pembiayaan mencukupi semasa berada di negara ini dan visa bagi pelawat dari negara yang memerlukan, untuk ke negara ini, katanya.
Khairul Dzaimee berkata bagi memastikan tahap kawalan dan keselamatan pintu masuk negara, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperuntukkan RM20 juta untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) bermula 1 Jan 2020.
JIM juga memperluaskan integrasi sistem pengkalan data Dokumen Perjalanan Hilang dan Curi (SLTD) bagi memastikan data pasport yang dilaporkan hilang, dikongsi ke seluruh dunia dan dapat dikesan, sekiranya cuba digunakan di pintu masuk seluruh dunia.
SLTD juga dapat menghalang penyalahgunaan pasport yang dilaporkan hilang atau dicuri, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 28 2019
Khairul Dzaimee berkata seramai 44,941 pelawat asing telah dikenakan arahan Notis Penolakan Masuk (NTL) dari 1 Jan hingga 31 Okt tahun ini. -Gambar fail
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Tiada kompromi buat pihak yang melindungi PATI
Hukuman berat menanti pihak termasuk golongan majikan yang mengambil PATI bekerja tanpa dokumen yang sah.
Permohonan keluar, masuk warganegara dan warga asing menerusi MyTravelPass mulai esok
Tempoh proses kelulusan bagi permohonan melalui MyTravelPass adalah lima hari bekerja.
474 PATI berjaya ditahan dalam operasi Imigresen pada tahun baharu
Warga Indonesia mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu seramai 220 orang.
44,941 pelawat asing dikenakan NTL kerana tidak penuhi syarat kemasukan
Seramai 44,941 pelawat asing telah dikenakan arahan Notis Penolakan Masuk (NTL) dari 1 Jan hingga 31 Okt tahun ini, kerana tidak memenuhi syarat kemasukan.